Isnin, 11 Mei 2015

Projek Mencari dan Menanam Pahala

Teks : Lenny Boniface
Imej : Google Image

Assalamualaikum.

Saya dah lama ada niat dalam hati untuk mewujudkan satu segmen dalam blog ini untuk war-warkan projek mencari pahala - di mana saya akan buatkan entri  berkaitan kutipan derma atau aktiviti kebajikan, atau organisasi atau pertubuhan yang memerlukan bantuan kewangan dan sebagainya.


Dan untuk segmen ini, saya akan labelkan sebagai Projek Mencari dan Menanam Pahala. saya mungkin tidak boleh menyumbangkan duit yang banyak kepada mereka yang memerlukan, mungkin pembaca-pembaca blog boleh menolong mereka. Jadi, pada saya adalah sesuatu perkara yang baik.

Untuk perhatian, saya cuma menjadi medium untuk menyampaikan dan BUKAN SEBAGAI PENGUTIP DERMA. Saya cuma berharap, walaupun saya tak dapat menyumbangkan wang ringgit kepada yang memerlukan, saya dapat memberikan sedikit bantuan walaupun cuma sekadar menyampaikan berita mereka yang memerlukan. Semoga Allah redha dan mengizinkan apa yang saya lakukan.

Kebanyakan isi-isi kandungan akan saya ambil dari mana-mana sumber media termasuk Facebook, blog dan Surat Khabar. Semoga kita dapat mencari pahala dan menanamnya untuk akhirat kita. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan