Jumaat, 22 Mei 2015

Jurnal dan Kejayaan

Assalamualakum.

Jurnal. Sekarang ini ML sedang mengikuti ceramah audio Jim Rohn. Selama ML tak tahu yang sales person yang berjaya selalu belajar macam 'self-development'. Cuba kaji, cuba selidik. Cari individu yang hebat dalam sales. Sebenarnya mereka belajar,belajar dan belajar. Dan itu ML buat. ML download talk dari Jim Rohn tentang peningkatan kendiri.



Salah satu yang paling ML ingat tentang talk Jim Rohn ialah orang-orang yang berjaya 'keep a journal' - buat jurnal, catat perkara-perkara yang membantu diri sendiri. Idea-idea yang kecil adalah penting walaupun kecil. Jangan percaya memori anda sendiri.Catat segala apa yang diri fikirkan.

ML nak berjaya. ML keep journal. Dan ramai mentor-mentor yang ajar tentang kejayaan memang tekankan tentang kepentingan mempunyai buku catatan atau jurnal.

Untuk berjaya, kita ikut pesanan dan nasihat orang-orang yang telah berjaya. Why not? Sebab kejayaan adalah dituntut dalam agama.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan