Kehidupan - Surprise and Hope

Assalamualaikum.

Kehidupan adalah misteri. Tiada siapa boleh menjangka apa yang akan mendatang esok hari. ML nak share sedikit daripada kehidupan ML beberapa bulan ini dan beberapa hari kebelangkangan ini.

Puji-pujian kepada Allah, Raja Sekalian Alam.

ML jarang nak ceritakan apa-apa yang berlaku dalam hidup ML di alam maya. Kerana ML jenis konservatif dan menjaga privacy.

Tetapi cerita ini, ML ingin share-kan kerana:

1. Ingin menjadikan kisah ini satu catatan pengalaman yang ML takkan lupa.
2. Mungkin sedikit daripada kisah ini boleh membantu orang-perseorangan yang mungkin menghadapi situasi yang sama.

ML pendekkan catatan pengalaman ini kerana ML bukan ingat sangat details kisah ini. Yang paling ingat suami saya.

Beberapa bulan lepas, anak angkat suami saya Amin, dimasukkan ke dalam wad kerana hidung yang bernanah dan pipi yang bengkak. Dan sepanjang masa kami bersama Amin, memang kami syak Amin mengalami masalah resdung. Cuma keadaan Amin agak teruk sebab dalaman hidung bernanah dan sakit yang teramat sangat. Saya dan suami positif yang Amin akan sembuh apabila doktor buat sedikit pembedahan kecil untuk buang nanah dan membaiki apa yang cedera di kawasan hidung Amin.

Kami tak pernah jangkakan fikirkan situasi yang kronik. Seriously.

Amin tinggal di Hospital selama seminggu untuk rawatan hidung sahaja. Dalam masa yang sama doktor mengambil darah untuk ujian-ujian klinikal berkaitan untuk mencari punca penyakit.

Selepas discharge, setiap seminggu Amin pergi untuk check-up keadaan hidungnya. Dan dalaman keadaan kami tak bersedia, doktor berikan berita yang paling tak disangka-sangka - KANSER.

It's like a slap in the face. Tapi, doktor pula mengatakan bahawa kanser ini masih di peringkat 1. Jadi kami stay positive. Dan suami ML yang sangat sayangkan anak angkatnya Amin, buat keputusan untuk mengikut segala pesanan doktor untuk menjalani kemoterapi.

ML dan suami berbincang. ML dengan Amin tak rapat. Yang rapat suami. Tapi ML juga ingin yang terbaik untuk Amin, walaupun dia bukan anak kandung ML. Walaupun ML tak rapat, tak ada perasaan mendalam dengan Amin, namun, Amin sebahagian daripada hidup ML dan adalah orang yang penting bagi suami. And we talk. Sebagai orang biasa kami akan tetap fikir kanser harus lalui kemoterapi. Kerana kita kena matikan sel kanser. Itu yang penting, matikan sel kanser dahulu. Sebab sel kanser yang akan melumpuhkan seluruh  tubuh badan dan sistem.

Kemudian, hospital arrange satu PETSCAN untuk mengesan sel-sel kanser di dalam tubuh. Untuk mengetahui bahagian yang telah diserang sel kanser. Jadi, Amin pun pergi PETSCAN. Pesanan, individu yang melalui PETSCAN harus elak daripada mendekati kanak-kanak bawah 10 tahun, dan juga ibu mengandung. Kerana individu yang melalui PETSCAN mempunyai bahan radioaktif dalam tubuh badan.

Selepas PETSCAN Amin, suami pun ambil keputusan untuk berehat dengan balik kampung pada hujung minggu. Dan lebih kurang waktu tengah hari Isnin, hospital call. Dan Amin masuk wad sebelum pukul 5 petang. Oh, kelam kabut. Tengah ada kerja banyak, kena bergegas ke hospital pula.

Dan Amin selamat didaftarkan walaupun kelam kabut. Alhamdulillah.

Kisah kejutan lagi pada keesokan hari. Mengikut keputusan PETSCAN, Amin didapati hampir kepada Stage 4. Macam mana boleh dari Stage 1 ke Stage 4? ML tak nak pertikai apa yang didapati daripada CT Scan dan PETSCAN. Tapi yang confirm, Amin di permulaan Stage 4.

*****Berehat Menaip*******

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa