Ahad, 10 Mei 2015

Dari AsroAwani.com --- > 7 fakta anda tidak tahu mengenai Hari Ibu

Assalamualaikum.

Saja nak kongsikan maklumat yang baru saya baca di Facebook. Walaupun terdapat macam-macam cerita dan perdebatan tentang Hari Ibu, saya berada di kawasan neutral. Pada pendapat saya sendiri, Hari Ibu atau Bukan Hari Ibu, Ibu akan tetap di dalam diri kita. Cuma saya pada pendapat saya yang dangkal ini, Hari Ibu ini memberi peluang kepada anak-anak yang 'terlupa' akan ibu mereka untuk ingat kembali mengingati pengorbanan ibu masing-masing. Itu sahaja. Sebab manusia ini adalah makhluk yang pelupa.

 (Sumber :  http://www.astroawani.com/gaya-hidup/7-fakta-anda-tidak-tahu-mengenai-hari-ibu-59578?cp)

KUALA LUMPUR: Hari Ibu disambut pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia.


Hari Ibu lazimnya disambut untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada wanita yang telah mengorbankan kehidupannya demi kebahagian anak mereka.

Ini adalah satu masa di mana setiap anak, tidak kisah muda ataupun tua berlari ke kedai untuk membeli hadiah untuk ibu mereka.

Malah ini juga adalah masa di mana semua restoran dibanjiri keluarga untuk menyambut hari yang penuh makna ini.

Tetapi tahukah anda apakah fakta sebalik Hari Ibu ini?

Berikut adalah beberapa perkara yang anda mungkin tidak tahu mengenai Hari Ibu.


1. Pencipta Hari Ibu bukan seorang ibu

Anna Marie Jarvis - Getty images/ NY Post
 
Anna Marie Jarvis, pencipta Hari Ibu dari West Virginia yang sering berjuang untuk isu berkaitan golongan ibu, dikatakan tidak mempunyai zuriat.

Bagaimanapun, ibunya, Ann Reeves Jarvis, mempunyai 13 anak.






2. Asal-usul Hari Ibu tarikh lahir sejak Perang Saudara.

Ann Reeves merupakan pengasas Kelab Kerja Hari Ibu, yang membawa golongan ibu untuk bersama-sama menyuarakan isu semasa kepada masyarakat.

Semasa kerjayanya dengan kelab ini, Ann Reeves menyumbang idea untuk meraikan hari ibu dan mengumumkan cuti umum sempena sambutan Hari Ibu di Amerika Syarikat.


3. Hari Ibu yang pertama telah disambut pada 10 Mei 1908 sempena ulang tahun kematian ibu Anna Marie

Tiga tahun selepas Ann Reeves meninggal dunia, Anna Marie menganjurkan majlis untuk menghormati ibunya dan semua golongan ibu dari seluruh dunia.


4. Tarikh itu kemudian ditukar oleh Presiden Woodrow Wilson