Khamis, 7 Mei 2015

Hujung Minggu - Gambar sana sini

Teks : Lenny Boniface
Imej  : Lenny Boniface


Assalamualaikum. Saya ingin kongsikan aktiviti hujung minggu lepas. 

Pada Sabtu, 2 Mei 2015, selepas menghadiri kenduri kahwin rakan sekerja, saya membawa anak saya berjalan-jalan ke kawasan Putrajaya. Dan dengan tak dirancang kami dua beranak sampai ke Monumen Millenium dekat dengan Tasik Putrajaya.
Cuba tengok gambar di bawah. Cantik kan? Sebenarnya saya tak pasti tempat ini tengah buat persiapan atau sedang membuka balik serta mengemas selepas acara. Tetapi kawasan jalan masuk ini ceria dihiasi kipas berwarna-warni ni.









Untuk gambar di bawah ini pula, pada Ahad 3 Mei 2015 lepas, bapa mertua ingin pergi ke nursery di kawasan Sg Buloh untuk membeli tanaman bunga.(Kawasan ini tidak jauh daripada Hospital Sg Buloh). Bapa mertua saya meminati pokok bunga terutamanya Bunga Ros. Saya pula sebaliknya. Saya tidak meminati pokok-pokok bunga. Tetapi, nursery yang penuh dengan bunga menarik perhatian saya.


Jadi saya snap beberapa gambar untuk dijadikan kenangan. Dan kemudian saya terfikir untuk upload di blog comel ini. Jom hayati sama-sama tanaman-tanaman serta pokok bunga di nursery.
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan