Catatan Ramadhan ke3

Assalamualaikum.

ML ingin catatkan pengalaman Ramadhan di blog ML. Sebenarnya, ML ini jarang merekodkan apa-apa. Jadi pada Ramadhan ini adalah sebagai tempoh latihan untuk ML mempraktikkan merekodkan pengalaman harian. Kaedah ini juga membantu mengasah kemahiran mengarang. Jadi, ML menyerulah kepada pembaca untuk melakukan aktiviti yang sama sebagai pembelajaran dan latihan.

Ramadhan Ke-3:

Pagi-pagi selepas Subuh lagi bersiap untuk pergi ke pasar borong Seri Kembangan untuk membeli bahan-bahan mentah untuk stok seminggu.


Sebelum itu ML ingin ceritakan kejadian sebelum sahur. Anak comel ML mengigau pada lebih kurang dalam 3.30 pagi. ML nyenyak tidur, tiba-tiba terdengar suara Iman di pintu bilik. Nangis-nangis, minta nak turun bawah. ML nak peluk dia tak bagi, marah-marah. ML tak tahu apa yang dimimpikan oleh Iman sampai ngigau-ngigau, bangun nangis-nangis.  Nasib baiklah luar pintu bilik gelap, Iman tak berani nak keluar. Jadi, ML pun pura-pura tidur menunggu Iman reda dari tangisan dan marah-marahnya. Dalam 15 minit macam tu, Iman sendiri mendekati ML sebab penat berdiri dan mengantuk. Akhirnya, Iman sendiri datang baring di sebelah ML nak tidur, dan kata "Nak Milo". Lega ML,akhirnya Iman nak juga tidur. Jadi dengan penuh mengantuknya ML turun bawah buatkan milo Iman. SETTLE. Kebelakangan ini Iman memang selalu mengigau.

Sambung cerita pasal Iman. Oh sungguh mencabar perangai anak kesayangan ML ni. Itu tak kena, ini tak kena. ML pun dah pening dah layan dia. Senyap, makin menjadi. Garang dan tegas, mengigau pula. Pening, pening, pening.. ML kena buat macam mana ni?

Dan akhirnya, Iman jadi baik. Dah ok dah menjelang masa tidurnya. Hmmm... kadang-kadang biarkan anak dan berdiam diri supaya anak menjadi tenang pun boleh dijadikan sebagai taktik untuk anak bertenang.

Lain-lain cerita, semasa ML tengah membuat marketing tentang Shaklee, ML 'diketuk' idea untuk blog kesayangan ini - women empowerment. ML ingin kongsikan tips-tips dan kisah-kisah wanita-wanita hebat dan bagaimana kita kaum hawa boleh menjadikan diri kita orang-orang yang berjaya dunia dan akhirat. ML rasa ini sangat penting kerana ML juga sedang berusaha untuk berjaya. Jadi ML akan korek seberapa banyak tips-tips, petua-petua untuk berjaya bagi kita wanita-wanita di dunia ini. ML tak nak la cuma fokus kepada wanita di Malaysia sahaja. ML ingin juga membantu wanita-wanita di mana-mana sahaja. Sharing is away to reach to people who want to help themselves.


==============================================================

PROMOSI SHAKLEE: Program YES.... contact ML di 016 874 9195 (WhatsApp) untuk pertanyaan lanjut.








Jemputlah singgah dan LIKE FanPage saya di Lenny Boniface - SID . Terima kasih.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa