Isnin, 15 Jun 2015

Kisah Muslim Hebat

Assalamualaikum.

ML ingin kongsikan kisah-kisah orang-orang Islam hebat di blog. Sumber ini didapati dari Facebook Sukan Star TV. Dia pula dapat sumber dari FB AbdulHalim Bakar.

Ingin ML kongsikan supaya menjadi panduan kita menjadi MUSLIM HEBAT - berjaya dunia & akhirat.





Dipetik dari FB AbdulHalim Bakar
Sebagai perkongsian ikhlas, hari ini ahad 14hb june 2015, awal pagi jam 5.00am lagi sudah saya berada di sekitar KLCC kerana ada meeting jam 6.30am di Mandrin Oriental KLCC. Kerana terlalu awal saya singgah di masjid as- syakirin klcc. Apabila saya masuk ke dalam masjid melihat dua hamba ALLAH sedang mengaji Al Quran. Yang muda sedang membaca manakala yg tua itu sekali sekala membetulkan bacaan yang muda. Sehinggalah masuk waktu azan subuh. Untuk makluman semua yang tua tadi itu merupakan Abdul gabbar hayel saeed, billionair dari Yaman, yang mempunyai perniagaan di 32 buah negara. dan yg muda tadi merupakan anak angkat beliau yang merupakan warga malaysia, juga kini merupakan seorang Ahli perniagaan di malaysia. Sambil duduk di belakang perhatikan mereka saya terfikir mungkin kerana inilah ALLAH SWT memurahkan rezeki mereka KERANA mereka tidak pernah membelakangkan ALLAH SWT walau setinggi mana mereka berada. Mereka sama seperti 20 tahun dulu dimana anak muda ini ketika baru masuk ke yaman, menjadi anak angkat melalui biasiswa dari Abdul gabbar hayel saeed. Bermula saat itu, yg tua dan yg muda ini hampir setiap mlm menjadi 'sparing partner' dalam tadarus Al quran. Kenapa saya boleh tahu? Kerana dgn org inilah saya seharusnya jumpa meeting jam 6.30 nanti, beliau juga merupakan pemilik hotel AL SAFWAH ROYALE ORCHID MAKKAH. kejadian ini menjadi pengajaran besar buat diri saya dan saya memohon kepada ALLAH SWT supaya memberi kelapangan lebihkan diri ini dengan amalan ibadah dari kesibukan keduniaan. Aminn




ML pun ingin mengikut jejak langkah mereka, mencari keredhaan Allah s.w.t. dan juga berdamping dengan Kitab Allah - Al-Quran. Doakan ML ya. Amin.



P/S :  Jemputlah singgah dan LIKE FanPage saya di Lenny Boniface - SID . Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan