Kisah Hebat = Kisah jutawan Thailand muflis 1997 menjadi jutawan semula

Assalamualaikum.

Jom kita kongsikan kisah-kisah hebat orang-orang yang berniaga dengan gigih dan bijaksana sehingga membawa kejayaan yang sangat besar.






Disini saya ingin berkongsi salah satu kisah ISPIRASI kejayaan seorang multijutawan yang pernah jatuh miskin (sehelai sepinggang) dan bangkit semula bergelar jutawan kembali. Pada tahun 1997, berlaku kegawatang ekonomi di Asia, Sirivat Voravetvuthikun seorang broker saham dan ahli perniagaan yang berjaya dengan sekelip mata semua kekayaannya hilang di sebabkan kejatuhan pasaran sahan dan pasaran hartanah di Thailand.



Banggunan Kondominium yang dibina tidak dapat dijual menyebab dia gagal membayar balik pinjaman bank.Disamping itu juga bagaimana seorang jutawan berhadapan dengan pekerja kira-kira 40 orang . Beliau juga terpaksa menanggung pembelajaran 3 orang anaknya di England dan New Zealand.

Seorang jutawan , kini bergelar penjual sandwich dijalanan.

Walaupun sudah diisytihar muflis menanggung beban hutang yang besar, beliau terus berusaha dengan gigih untuk memperbaiki keadaan dan tabah untuk membina kembali empayar bisnes yang sudah lenyap. Perkara yang paling gigih dilakukan dengan menjual sanwich dijalanan . Makanan yang dibawa dengan berjalan kaki seberat 2 kilo di bahu. Bayangkan seorang bekas jutawan melakukan kerja begitu.

Pada hari pertama perniagaan sandwich berperolehi keuntungan sebanyak 14 dollar hanya 6 kotak sahaja yang terjual. Lebihan sanwich tersebut pula di sumbangkan kepada badan kebajikan. Beliau tidak menjualnya kembali, keesokan beliau mencuba kembali dan apa yang pasti makan yang dijual mestilah segar dan bermutu. Saban hari perniagaan semakin maju dengan sikap ketekunan beliau.



Isteri Sirivat bukan seorang tukang masak, apa yang dihasilkan adalah dari usaha yang gigih untuk memastikan apa yang dihasilkan adalah yang terbaik. Usaha keras Sirivat menjadi pendorong pengusaha lain untuk bekerjasama dengan beliau dan Sirivat dapat mengetuai penjual-penjual sandwich jalanan di Kota Bangkok. Di sini juga Sirivat telah mengambil pekerja jalanan tersebut untuk bekerja dengan beliau dan menjadi pekerja mahir dalam pembuatan sandwich.



Di Samping itu juga dia juga mengambil pekerja lamanya untuk sama-sama berniaga. Apa yang paling menyedihkan , kenalan yang sama-sama kaya dahulu hanya membunyikan hon kereta saya. Terlintas dalam fikirannya " kenapa kawan tidak beli Sandwich aku sedangkan mereka tahu bahawa sekarang aku susah ?. Pernah juga dia dihalang untuk berniaga kerana berniaga dikawasan larangan.

Namun Sarivat tidak pernah putus segala halangan yang dihadapi menjadi semangat yang untuk terus berjaya. Ada yang mengatakan menjual sandwich adalah perniagaan yang sukar memperolehi keuntungan kerana rata rakyat Thai perlu nasi sebagai makanan harian mereka.Beliau berkata bahawa beliau tidak memikirkan perkara tersebut pada mulanya kerana apa yang ada di fikirannya pada ketika itu adalah untuk mendapatkan wang.

14 tahun KINI !!!!

Kini sesudah 14 tahun berlalu Sirivat masih menjual sandwich. ‘Ya, hari ini saya gembira,’ kata Mr.Sirivat. Disebabkan krisis ekonomi maka saya menemui sebuah perniagaan baru. Beliau telah di temubual oleh 121 buah syarikat media internasional dan 262 syarikat media tempatan. Ini termasuklah CNN, BBC WORLD, CNBC, NHK, AP, NEW YORK TIMES dan LOS ANGELES TIMES.


Kini beliau yang semakin berjaya dengan penjualan sandwichnya telah mengembangkan perniagaan beliau kepada produk-produk lain dan mempunyai seramai 6,000 orang pekerja dan beliau kini telah menjadi seorang penceramah (speaker) jemputan yang bertaraf antarabangsa. Beliau juga berjaya membuka 3 buah kedai kopi yang terkenal di kota Bangkok.

Apabila ditanya kembali kepada beliau bagaimana boleh bangun semula dan berjaya hanya dengan menjual sandwich, beliau menjawab,

"Jangan memandang rendah bisnes apapun yang dilakukan kerana kita boleh mendapat keuntungan yang tinggi apa-apa perniagaan sekalipun asalkan dilakukan dengan cara yang betul. Kejayaan yang saya kecapi sekarang bukanlah mudah, bayangkan disaat saya berada dipuncak kejayan, saya jatuh dan saya bangun kembali dari kosong. KEKUATAN SAYA ADA DI DALAM DIRI IATU SEMANGAT JUANG YANG TINGGI.” Jawab beliau

Sumber : Diambil dari Facebook yang diambil dari http://saiful-lizan.blogspot.com/


*Jemputlah singgah dan LIKE FanPage saya di Lenny Boniface - SID . Terima kasih.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa