Catatan Ramadhan Ke-5

Assalamualaikum.

Petang hari ini ada appoinment di klinik Kesihatan Seksyen 3 BBBangi. Berdebar juga setiap kali kena pergi jumpa doktor. ML risau kalau-kalau bacaan HbA1c meningkat. Tawakal saja. Cuaca hari ini teramatlah panas. Memang terasa bahangnya semasa ML hendak pergi ke KK.


Ini lah di Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi

ML sampai di KK dalam lebih kurang pukul 2.30 petang. Dan pengunjung KK kurang ramai. Dan oleh kerana sebab itulah ML selalu pilih appoinment petang. Santai dan selesa. 

Tapi kalau bab ambil darah memang akan selalu sebelah pagi. Itu tak boleh buat apa la. Sebab pihak klinik nak ambil darah belah pagi. Kadang-kadang pesakit kena berpuasa semalaman semasa ambil darah. Jadi S.O.P nya ambil sebelah pagi.

Berdebar juga semasa mengambil buku klinik petang tadi, tercari-cari mana result ambil darah hari itu. Jumpa juga. ML snap gambar sebab takut salah baca atau salah ingat result nya. Jeng jeng jeng... Resultnya bacaan HbA1c - 5.6%. Yeay!! Bacaan menurun. Pemeriksaan lepas bacaannya 5.8%.
Alhamdulillah syukur sangat.






Nak tahu bagaimana ML boleh menurunkan bacaan HbA1c ?

Pertama sekali dengan izin dan kuasa Allah.

Kedua, ML mengawal pemakanan. Nak cakap kawal pemakanan dengan ketat tak, tetapi ML jaga dan perhatikan makanan yang ML ambil. Kurangkan gula. Selain itu belajar sukakan rasa yang tawar dalam makanan dan minuman. Selain itu, kuantiti makanan harus dikawal sebagaimana yang dinasihatkan oleh Kaunselor Diet. Nafsu makan kena kawal. ML nasihatkan kepada pembaca yang mengalami masalah kesihatan atau masalah berat badan, kawal pemakanan seharian dan selalu amalkan berpuasa.

Ketiga, ML mengamalkan pengambilan supplemen Shaklee. Vivix Shaklee adalah produk terbaik untuk membantu masalah diabetes. Selain itu, ML juga mengambil beberapa vitamin Shaklee yang lain. 

Keempat (ML belum lagi konsisten dalam amalannya) senaman dan aktiviti fizikal. Sekarang yang aktiviti fizikal yang ML amalkan cuma kerja-kerja rumah saja. Ingin dalam hati untuk selalu join Zumba. Sebab sangat suka Zumba. ML pernah pergi senaman Zumba dalam beberapa kali sahaja. Sangat best dan sangat enjoy.

Saja-saja nak tangkap Signboard ini.


**************************************


MY IKLAN

Vivix - berkesan untuk pesakit Diabetes. Membantu menurunkan kandungan gula dalam darah. Selain itu membantu meningkatkan kesihatan secara am.


Untuk pembelian Set ini:

Anda layak untuk
1. Keahlian Percuma bernilai RM 79.50
2. Cash Bonus
3. F.O.C Vita-Lea (1 botol) bernilai RM 88.75
4. Percuma Penghantaran POS RM 10.60

Anda JIMAT RM 226.35 (termasuk diskaun 5%)

Whatsapp Mama Lenny untuk keterangan lanjut
016-874 9195



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa