Selasa, 16 Jun 2015

Tu Dia - Vision Board Mama Lenny

Assalamualaikum.

Haa tu dia! Dah siap dah Vision Board Mama Lenny. (Masih perlu beberapa touch up). 

Nak cerita sedikit tentang pengalaman bersama Vision Board ini. Minggu lepas dah siap jadi ML pun pasang double-tape untuk lekat di dinding tempat ML berkarya. Tetapi dek kerana jenis cat di dinding, maka sangat senang Vision Board ini lekang dari dinding.


Vision Board ini banyak kali jatuh. Tak terkira la. Sampai ML terpaksa tambah lagi double-tape untuk mengelakkan ia jatuh lagi. Mmmm... tak mau nya....




Akhirnya, ML guna cara ekstrim la. Pasang tali kat board tu gantung kat kayu yang terdapat di siling tu. Nampak tak di gambar bawah ini? Seutas tali ke atas tu? Dan akhirnya Vision Board ML terletak dan kekal di situ. Alhamdulillah.



Semenjak ada Vision Board ini, ML rasa lain. ML rasa ML ada tanggungjawab untuk membuat yang terbaik untuk mencapai impian ML. Kerana ML telah banyak korbankan masa dan wang untuk seminar, kursus dan macam-macam lagi. Jadi, ML kena buktikan kepada diri sendiri ML mesti boleh mencapai impian ML. 

Biarpun hidup ini tak panjang, tetapi ML wajib mengejar impian untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Kejadian Vision Board (VB) selalu jatuh itu bagaikan suatu simbolik dalam usaha mengejar kejayaan.

VB selalu jatuh umpamakan perjalanan kita untuk menuju kejayaan. Kita akan selalu jatuh, tersungkur, tercicir dan sebagainya. Selepas itu, tali yang ML pasangkan untuk kekalkan VB itu, simboliknya bagaikan pergantungan kita kepada Allah s.w.t.. Kerana Allah s.w.t. adalah Yang Maha Kekal, Allah jua lah yang memberikan kejayaan kepada kita. Jadi hendaklah salurkan pengharapan kita setiap masa kepada Allah semata-mata. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan