Menggunakan Minit dalam Hari



Entri kali ini adalah kesinambungan dari entri "Minit dan Kehidupan". Kali ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang "minit" ataupun masa.

Persepsi kita tentang masa ialah dalam kiraan "jam" ataupun "hari". Tetapi sebenarnya, yang paling penting sekali ialah "saat" dan "minit". Minit adalah diasaskan dari saat. Jam adalah diasaskan dari minit. Dan hari diasaskan dari jam.

Ingin saya ulang (dalam bahasa asal iaitu Inggeris) kembali perenggan yang penting (bagi saya) dari buku yang saya baca (7 Minutes Solutions):

Creating A road Map for Your Life
How did you spend your time last week?

When you don't know what to focus on, you try to do everything and commit to things, you don't have the time, energy, or desire to do.

After awhile, your life become series of unfinished tasks and broken promises. Years of disappointment stack one on top of the other until it feels easier and safer to disconnect.

If you plan your time with your purpose and goals in mind, you will constantly move toward more meaning and greater fulfillment. 

The life you experience is made up not just of years, but of minutes.

In order to fully engage in life, you must grip on YOUR MINUTES.

Time management  matters - microactions matters.
                                                             -7 minutes Solution, Allyson Lewis- 

Daripada perenggan ini yang saya dapat dari buku " 7 Minutes Solution", saya melihat kepada kehidupan saya sekarang. Apa yang menjadikan diri saya sekarang? Apa yang menjadikan saya berjaya atau gagal dalam kehidupan saya hari ini?

Muhasabah diri saya sendiri mendapati, saya membiarkan "minit' saya berlalu begitu sahaja, tanpa menambahkan apa-apa makna dalam kehidupan saya, dan tanpa menambahkan kebajikan atau pahala dalam catatat akhirat saya.

Maka, pada hari ini di dalam jurnal saya, saya membuat perancangan seperti berikut :

Memandangkan saya amat kedekut dengan "minit" saya, maka senang sahaja, dengan berbekalkan telefon bimbit saya sebagai jam randik, lakukan di bawah:

(Untuk Pelaburan Akhirat)
  • 2 minit  untuk Zikrullah
  • 2 minit untuk kalimah Alhamdullillah
  • 2 minit untuk kalimah Astaghfirullah
  • 2 minit untuk kalimah Subhahanallah
  • 2 minit untukselawat kepada Rasulku
(Untuk menambah ilmu Al-Quran)
  • 2 minit untuk mengaji Al-Quran
(Untuk pelaburan ke perniagaanku)
  •  2 minit untuk mengemaskini iklan di Fanpage FB - 2 iklan
  • 2 minit untuk mengemaskini iklan di personal FB - 2 iklan
  • 2 minit untuk mengemaskini iklan di blog - 1 iklan

Rancangan ini akan dimulakan mulai hari ini, in shaa Allah, semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa