Tips / Teknik Berguna yang Didapati dari Buku - "5 Sebelum 11"

Salam.

Berkisar semula tentang buku yang saya baca "7 Minutes Solutions"; Tips dan teknik menarik yang boleh saya kongsikan pada kali ialah '5 sebelum 11'. Apa yang dimaksudkan '5 sebelum 11' ini? Mari kita hayati asal-usulnya.

Idea ini datang dari seorang wanita berkerjaya yang berjaya bernama Mimi Bock. Idea ini muncul apabila dia menghadiri program mencari jalan untuk menghasilkan sebuah kerangka kerja  berkaitan proses dan sistem yang akan mengubah kehidupan dan meningkatkan produktiviti dan juga jualan syarikat. Pada masa inilah Mimi Bock menyatakan bahawa dia mengaplikasikan "Daily Progress Report" yang diajarkan oleh Allyson Lewis (penulis buku 7 Minutes Solutions). Kehidupan Mimi Bock memang sangat padat dengan kerjanya sebagai pekerja di industri servis kewangan, yang juga mengendalikan sebuah division syarikat multinasional yang berharga $400 million. Berikut kisah yang diceritakan oleh Mimi Bock sendiri:

"Kehidupan saya 'complicated' - seperti anda sekalian. Saya tahu bahawa sekiranya saya inginkan keseimbangan dalam hidup saya, saya mesti bermula dengan menyusun-atur (organizing) keutamaan penting (top priorities). Saya perlu sangat untuk mempunyai perasaan bahawa setiap hari saya menyelesaikan sesuatu yang penting untuk bisnes saya dan kehidupan peribadi saya. Namun, setiap hari terasa sentiasa ada pelbagai perkara yang 'berada' dalam minda saya - ini menjadi suatu rintangan. Perkara tersebut - iaitu beberapa perkara yang menjadi keutamaan berulang-ulang kali muncul dalam senarai keutamaan saya, cuma tergantung sahaja.Kemudian, sedar-sedar, seminggu telah berlalu -  kadang-kadang sebulan berlalu - dan perkara tersebut masih tergantung sahaja. Saya tahu saya perlu buat sesuatu untuk fokus.

Saya perasan, yang saya mempunyai satu tempoh masa di pagi hari, di mana saya berada dalam keadaan tenang dan tidak terganggu dengan kerja. Tempoh masa di mana saya mempunyai peluang yang baik untuk menumpukan perhatian sebelum 'kehidupan' menjadi penghalang. Saya perlukan satu jalan untuk menyelesaikan perkara-perkara yang berlegar-legar di dalam fikiran saya dan menghimpit kehidupan saya. Saya menyedari apa yang saya perlukan ialah kebolehan untuk menguruskan perkara-perkara tersebut supaya saya boleh 'hidup'. Dan saya sedar, untuk diri saya, jika ia hendak dilaksanakan, ia perlu dilaksanakan pada waktu pagi. Sepertinya, terdapat beberapa tugasan yang lebih penting daripada keutamaan dan memerlukan perhatian penuh dari saya dan masa saya. Tanpa perhatian dan masa saya, saya akan ditenggelamkan dan keutamaan penting saya akan merana. Dan saat itu saya tahu, saya perlukan satu lagi 'alat'.

Saya akan memastikan saya akan mencapai lima tugasan nilai utama (high-value tasks) diselesaikan/dicapai sebelum sebelas pagi setiap hari. Saya akan memanggilnya senarai lima sebelum sebelas saya. - 5 Sebelum 11.


Tapi, saya sedar bahawa senarai 5 sebelum 11 saya perlu berkait rapat dengan gambaran utama matlamat saya - matlamat tersebut berkait dengan nilai-nilai dan tujuan saya. Inilah perkara-perkara yang memberikan makna kepada kehidupan saya. Biar saya berikan dua contoh.

Secara peribadi, salah satu keutamaan saya ialah:
Saya ingin menjadi ibu yang terbaik. Saya ingin menjadi ibu yang rapat dengan anak saya. Saya hendak anak saya merasakan saya sentiasa ada untuknya. Itulah gambaran besar nilai dalam kehidupan saya, dan saya tidak ingin suatu hari nanti sedar-sedar  5 tahun kemudian atau 10 tahun kemudian dan menyedari masa telah berlalu. Masa yang saya tak boleh dapat balik lagi."

---------------------------------------------------
Saya memberhentikan cerita Mimi Bock di sini, kerana ceritanya panjang lagi. Namun saya percaya, pembaca boleh mendapat  gambaran jelas yang cuba disampaikan oleh Mimi Bock. Konsep yang tonjolkan di sini iaitu 5 Perkara sebelum pukul 11 pagi, (kalau kita muslim ada 5 perkara sebelum 5 perkara). Suatu konsep yang saya rasa amat bagus untuk saya kongsikan kepada pembaca di luar sana. Mudah dan sekiranya diamalkan boleh memberikan impak kepada kehidupan kita. 5 Perkara yang dimasukkan ke dalam 5 Sebelum 11 adalah perkara-perkara yang mempunyai berkait dengan nilai-nilai kita, ataupun yang membantu menuju ke arah matlamat hidup. Misalnya, sekiranya kita ingin nilai 'rapat dengan keluarga' maka dalam senarai itu, kita masukkan (contoh) : Menghubungi ibu/ayah pada 9.30 pagi.
Sebelum melaksanakan 5 Sebelum 11 ini, kita seharusnya muhasabah (post-mortem) diri sendiri dahulu, dan kaji apakah nilai-nilai yang ingin kita capai, matlamat yang ingin kita capai. Kemudian baru kita boleh mula melaksanakan 5 sebelum 11 ini.

-Tamat-



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa