Khamis, 7 November 2013

Resepi "Gingerbread Man Cookies"


Sudah sekian lama, saya ingin merasa Gingerbread Cookies, akhirnya saya menjumpai resepi yang mudah di internet untuk saya cuba. Dan hasilnya saya sangat menyukai Gingerbread Cookies yang saya buat. Dan saya bercadang untuk menjadikan ia sebagai mini perniagaan saya.


Bahan-bahan
  • Mentega dicairkan, untuk gris
  • 125g mentega, pada suhu bilik
  • 100g (1/2 cawan, dipadatkan) gula perang
  • 125ml (1/2 cawan) "golden syrup"
  • 1 telur, diasingkan
  • 375g (2 1/2 cawan) tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk halia
  • 1 sudu teh "mixed spice"
  • 1 Sudu teh soda bikarbonat
  •  Tepung gandum, untuk tak melekat
  • 150g (1cawan) gula aising, diayak
  • 8-10 titik pewarna makanan (merah)
  • 8-10 titik pewarna makanan (hijau)
  • Smarties, untuk hiasan

Cara-cara:
·  Langkah 1 :Panaskan oven sehingga 180°C. Sapukan 2 dulang pembakar (baking trays) dengan mentega yang telah dicairkan.
·  Langkah 2 :Dengan menggunakan pemukul elektrik (electric beater), pukul mentega dan gula sehingga warna pucat dan "creamy". Campurkan "golden syrup" dan kuning telur dan pukul sehingga sebati. Masukkan tepung, serbuk halia, mixed spice dan soda bikarbonat dan kacau. Kemudian tuangkan ke atas permukaan yang telah ditaburkan dengan tepung, dan uli adunan sehingga menjadi doh. Bentukkan doh ke bentuk bulat dan dileperkan. Balutkan doh dengan pembungkus plastik dan rehatkan dalam peti sejuk selama 30 minit. 
·  Langkah 3 : Sementara menunggu, masukkan telur putih ke dalam mangkuk kering yang bersih. Gunakan pemukul elektrik untuk pukul sehingga membentuk "soft peaks". Kemudian dengan perlahan-lahan, tambahkan gula aising dan pukul sehingga membentuk "stiff peaks".  Bahagikan aising kepada 3 bahagian dalam 3 mangkuk. Dan masukkan pewarna ke setiap bahagian masing-masing., kecuali 1 dibiarkan bewarna putih. Kemudia tutup mangkuk dengan pembungkus plastik dan simpan kesemua aising dalam peti sejuk.
·  Langkah 4 : Letakkan doh di antara 2 kertas mahjong dan gelekkan doh (menggunakan penggelek) sehingga ketebalan 4 mm. Gunakan pemotong gingerbread man  berukuran 9cm  untuk memotong doh. Susun ke dalam dulang pembakar dengan jarak 3 cm beza. Ulang dengan lebihan doh.
·  Langkah 5 : Bakar dalam oven selama 10 minit atau sehingga berwarna perang. Keluarkan dari oven dan alihkan ke rak dawai untuk disejukkan.
·  Langkah 6 : Masukkan aising yang telah disediakan ke dalam plastik saiz kecil. Potong lubang kecil di sudut setiap plastik tersebut. Paipkan aising ke atas gingerbread men untuk hiasan. Akhiri dengan meletakkan Smarties.

Komen:  Penyediaan sangat mudah. Seharusnya dicuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan