Mencari Peluang Perniagaan

Salam.

Beberapa hari yang lepas, saya mengalami keadaan yang menyebabkan saya berfikir untuk mencari cara terbaik untuk menambah pendapatan secara separuh masa. Lama juga saya berfikir. Saya rasa baik saya senaraikan jenis-jenis perniagaan separuh masa yang boleh saya pilih.

1. Produk yang memang dah sedia ada di pasaran.
2. Produk yang saya hasilkan sendiri.

Produk yang memang sedia ada di pasaran.
Produk sebegini adalah seperti tudung, jubah, telekung, vitamin Shaklee, barangan Avon, dan beberapa barangan yang memang sudah tersedia ada di pasaran. Barangan seperti pakaian boleh dibeli secara borong, namun produk vitamin dan kosmetik, sememang harga tetap pada harga ahli walaupun saya beli borong. Kebaikan berniaga menggunakan produk yang memang sudah tersedia adalah saya tidak perlukan masa untuk menyediakannya, namun saya seharusnya mempunyai modal untuk mendapatkan produk-produk ini.

Produk yang saya hasilkan sendiri
Untuk produk saya hasilkan sendiri, dalam perancangan saya adalah kek cawan, biskut, dan popia seaweed. Tapi, untuk perniagaan ini saya harus menyediakan sendiri produk. Dan untuk menghasilkan produk sebegini, saya perlu menggunakan masa saya.

Jadi, isu yang perlu saya pertimbangkan dalam menjalankan perniagaan separuh masa ialah isu berikut:
  1. Modal
  2. Masa
  3. Penyediaan


Wasalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa