Jumaat, 8 November 2013

Alam Sekitar dan Wanita

Salam.

Hari ini, saya ingin mengemukakan isu alam sekitar, dan bagaimana kita, wanita boleh membantu mengekalkan alam sekitar kita supaya tidak tercemar. Di sini saya merujuk 'kita' iaitu wanita kerana kehidupan seharian kita banyak berkisar tentang pengurusan produk rumah tangga yang mempengaruhi alam sekitar. Contohnya, beg plastik, kita banyak menggunakan plastik di rumah, sama ada sebagai pembungkus sampah, pembungkus makanan, pembungkus peralatan, dan sebagainya. Contoh lain pula, botol plastik, kita menggunakan produk pencuci pinggan atau pencuci baju yang dimasukkan ke dalam botol atau bekas plastik.

Banyak lagi contoh yang boleh kita rujuk. Wanita adalah berupaya memberi kesan positif kepada alam sekitar, kerana kita adalah pengurus rumah tangga dan kita mempunyai ruang dan peluang untuk menyumbang kepada alam kita.

Saya sebenarnya amat memikirkan alam sekitar, dan niat di hati saya, walaupun sikit sahaja yang boleh saya buat untuk bumi ini, saya akan buat. Misalnya, saya cuba kitar semula produk yang boleh dikitar semula. Walau di mata orang kuantiti yang saya kitar semula itu sedikit sangat, tetapi sekurang-kurangnya saya mengurangkan pencemaran walaupun 0.01 %. Jadi, saya menyeru wanita (dan juga lelaki) sayangilah alam sekitar, dan bantulah alam sekitar (bumi) kita ini walaupun cuma 0.001%. Sebab amalan kita itu juga boleh dimasukkan ke dalam akaun pahala, kerana membantu bumi. Sebenarnya, alam kita sekarang sangat 'nazak'. Dan kita boleh melihatnya di mana-mana. Tetapi, kebanyakan kita mengharapkan pihak lain yang memulihkan keadaan, sedangkan yang boleh memulihkan keadaan semua pihak, semua orang yang tinggal di bumi ini. Janganlah kita ingat, kita kitar semula tidak akan memberikan apa-apa manfaat. Banyak yang boleh kita sumbangkan ke arah pemulihan alam sekitar dengan kitar semula, walaupun sedikit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan