Kehadiran Bulan Ramadhan :)

Assalamualaikum.

Hari ini akan bermulanya malam Ramadhan. :)

LBJ dah nak masuk 9 tahun menjalani kehidupan sebagai muslim. Dan setiap tahun pengalaman di bulan Ramadhan adalah unik. Dan tahun ini tahun paling istimewa. Berpuasa dengan perut berisi. Heheheh.

Syukur Alhamdulillah. Allah memberi peluang kepada LBJ untuk merasa puasa sewaktu mengandung. Alhamdulillah.

Dengan itu, LBJ akan catatkan pengalaman puasa pada tahun ini di blog, sebagai kenang-kenangan diri sendiri, dan mungkin juga suatu hari mungkin dibaca oleh anak-anak LBJ sendiri.

LBJ ingin 'lekatkan' imej Niat Puasa Ramadhan dengan Doa Berbuka Puasa di muka blog ini. (untuk diri sendiri juga). Lain kali lupa boleh buka blog dan baca niat dan dia. Ngeee...












Akhir kata :

SELAMAT MENYAMBUT KEHADIRAN BULAN RAMADHAN, & SELAMAT BERPUASA. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa