Rabu, 29 Jun 2016

Info : Tetapkan Matlamat Pengurusan Diabetes

(Sumber : iSihat)

Tahap gula dalam darah (BGL)
Biasanya pakar akan membantu. Namun secara kebiasaannya untuk :

# Jenis 1 : 4-8mmol/L makan dan selepas makan atau semasa nakan adalah kurang daripada 10mmol/L

# Jenis 2 :  6-8mmol/L semasa sebelum makan dan 6-10mmol/L selepas makan atau semasa makan.

HbA1c
Ia sukatan secara anggaran untuk ujian yang mengukur kandungan BGL anda selama 10 atau 12 minggu. Jadi tentukan bacaan HbA1c anda kurang daripada 7% (53mmol/mol)

Tekanan darah
Periksa tekanan darah secara kerap. Sekurang-kurangnya setiap kali anda berjumpa doktor. Untuk anda yang menghidapi diabetes 'sasaran' tekanan darah perlu 130/80 atau lebih rendah.

Kolesterol
Ujian ini wajib dilakukan setiap 12 bulan. Tahap untuk menentukan bacaan kolesterol 4mmol/L. Untuk LDL kurang daripada 2.5 mmol/L. HDL kurang 1 mmol/L. Trigliserida (sejenis lemak dalam darah yang memudaratkan) kurang daripada 2 mmol/L.

Mata
Periksa setiap 2 tahun untuk memantau tahap penglihatan.

Gusi, gigi dan kaki
Berua gigi setiap hari dan lakukan pemeriksaan kesihatan gusi dan gigi sekali.
Manakala kaki juga penting untuk diperiksa pakar podiatrist setahun sekali.

Buah pinggang
Selain pemeriksaan berkala oleh doktor melalui air kencing, anda perlu hidari rokok dan minuman alkohol.
Amalkan :
♡Bersenam 30 minit sehari
♡Makan makanan sihat
♡Pantau berat badan
♡Ambil ubat mengikut arahan doktor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan