Semangat dan jasad

Assalamualaikum.

Sunyi sepi blog ini. Sesungguhnya ML nak sangat melakarkan pelbagai cerita di blog. Apakan daya, diri dihinggapi demam dan satu keluarga terkena sekali. Ujian.. Ujian...

Alhamdulillah, bersama-sama ujian datang bersama rezeki. :) Sebenenarnya dalam tempoh ML dan keluarga menghadapi penyakit demam dan batuk, banyak juga perkara yang berlaku.

Jujur ML katakan, apabila badan sakit, semangat akan lemah. Sebab itu kesihatan itu adalah perkara paling penting dan berharga dalam kehidupan kita.


ML juga mengalami perasaan 'down' apabila menghadapi demam dan batuk. Usahlah ML menipu. Rasa macam nak balik kampung sahaja masa tu. Tapi perancangan Allah, siapa boleh sangkal dan ubah.

Sehingga semalam ML masih lagi rasa 'down', hari ini ada lagi saki baki sedikit perasaan sedemikian.

Apa yang boleh kita buat?


**************************

Dapatkanlah produk Shaklee dari ML dengan sms ke 016 874 9195.

Senyum selalu.

Ulasan