Jumaat, 14 Ogos 2015

Kolesterol.. Teruk Sangat ke?

Assalamualaikum.

Kolesterol... kolesterol... kolesterol... Apa itu kolesterol? Teruk sangat ke kolesterol ini?

Ingat tak zaman kita di sekolah menengah, nampak sahaja berat badan lebih mesti sebut kolesterol. Betul ke kolesterol menyebabkan gemuk?

"Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.


Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron." (Sumber : http://e-kesihatan.blogspot.com/2008/03/apakah-itu-kolesterol.html)


Kebiasaannya, individu yang mempunyai berat badan berlebihan dikaitkan dengan tahap kolesterol yang tinggi. Namun, individu yang mempunyai berat badan ideal ataupun kurus tetap juga mempunyai risiko mempunyai kadar kolesterol yang tinggi di dalam badan.
Mari kita kenali kolesterol. Kolesterol terbahagi kepada 2 jenis utama selain jenis-jenis yang lain. Kebiasaannya yang paling dikenali ialah :

1. Kolesterol Jahat - Low Density Lipoprotein (LDL)
2. Kolesterol Baik - High Density Lipoprotein (HDL) 
Penerangan LDL adalah Jahat:
LDL jahat kerana LDL ini boleh mendap di dalam dinding salur darah terutama pembuluh darah yang kecil - kebiasaan terdapat di jantung dan otak. Mendapan LDL semakin lama akan semakin tebal dan keras sehingga menyebabkan salur darah tersumbat. Ini dinamakan arteriosklerosis.

Kadar LDL yang ideal dalam darah ialah kurang dari 100mg/dl. Jika bacaan adalah 100-129 mg/ml ini adalah dalam kategori pertengahan (atau disebut borderline). Di atas 130 mg/ml adalah tahap merbahaya, dan jika lebih dari 160 mg/ml pesakit perlu diberikan ubat.
Penerangan HDL adalag Baik:
HDL dikategorikan sebagai lemak baik kerana HDL boleh membersihkan dan mengangkut mendapan lemak di dalam dinding pembuluh darah. Kadar HDL yang ideal ialah 40 mg/dl untuk lelaki dan lebih dari 50 mg/dl untuk wanita.

Kadar HDL yang rendah adalah disebabkan faktor seperti kurang aktiviti fizikal, berat badan berlebihan serta tabiat merokok. Selain itu hormon testosteron pada lelaki, steroid anabolik, dan progesteron boleh menurunkan kolesterol HDL, sedangkan hormon estrogen perempuan meningkatkan HDL.

Kolesterol berlebihan di dalam tubuh mendatangkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi dan penyakit jantung. Namun, kita tidak boleh menyingkirkan 100% makanan yang mengandungi kolesterol. Kerana tubuh badan kita tetap memerlukan kolesterol untuk tenaga.

Pesanan ML, sekiranya anda adalah individu yang berumur lebih dari 30 tahun sama ada lelaki mahupun wanita, pemantauan pengambilan makanan berkolesterol tinggi harus dilakukan. Kerana risiko untuk mendapat penyakit darah tinggi dan jantung meningkat mengikut peningkatan umur.
Tips Mengawal Kadar Kolesterol dalam Badan:
1. Kawal Pemakanan - Pilih makanan yang kurang berminyak, makanan terproses dan pilih makanan yang mngandungi banyak serat. 
2. Bersenam.
3. Mengamalkan supplemen.
Supplemen yang boleh diamalkan ialah:
1. OmegaGuard
2. Lecithin
3. Phytocol-ST
*************************
Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny
Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan