Rabu, 19 Ogos 2015

Permudahkan Urusan dengan Ayat Allah

Assalamualaikum.

Kadang-kadang ML sebagai penulis blog ini kekeringan idea juga untuk mengisi ruangan entri.

Melangut di depan komputer memikirkan apa yang boleh ML kongsikan dengan pembaca sekalian.

OK. ML akan kongsikan satu amalan menjemput rezeki.

Surah Al Insyirah. Hebatnya Surah Al-Insyirah dan juga keseluruhan Al-Quran, moga-moga kita mengambil iktibar.





Kelebihan Surah Al Insyirah  

(Sumber : http://blog.cc.net.my/2015/rahsia-kelebihan-surah-al-insyirah/)


1. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.

2. Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

3. Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

4. Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

5. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.

6. Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.

7. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 9 (sembilan) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.

8. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.



Sebenarnya ML memang banyak membaca tentang amalan menjemput rezeki, dan ini salah satu amalan yang boleh kita amalkan untuk menjemput rezeki dan memudahkan urusan kita. Andai kata kita susah hati, bacalah surah ini banyak kali.

Ada kisahnya, kenapa ML sangat fokus kepada Surah Insyirah ini. Pernah suatu ketika dulu, ML susah hati dengan Mama ML berkaitan isu agama. Memang sangat susah hati. Sehinggakan ML berjumpa dengan mak angkat ML, Ustazah Majina. ML minta Ustazah berikan apa ayat-ayat agar ML boleh hilangkan susah hati.

Dan, Ustazah pun memberikan sedikit tazkirah, dan Ustazah sarankan amalkan Surah Al-Insyirah.
Dan sehingga hari ini, ML sangat ingat akan Surah Insyirah, dan hafal Surah ini. :)

Jadi, ML kongsikan kepada rakan-rakan pembaca agar membaca Surah Al-Insyirah jika terasa sangat susah hati ataupun tertekan.

Sekarang ini, ML cuba mengamalkan wirid 9 kali Surah Al Insyirah selepas solat Fardhu . Moga-moga berpanjangan dan konsisten. Kerana dunia zaman sekarang, zaman mencengkam, ML pun merasai tekanan hidup semakin hari semakin meningkat. Jadi kita minta bantuan dengan Allah, dengan mengamalkan ayat-ayat yang diturunkan kepada kita.

Moga-moga bermanfaat, Allahu a'lam.


*****************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan