Isnin, 24 Ogos 2015

Aduh! Tergendala pula...

Assalamualaikum.
Hari ini ML ingin sembang-sembang santai. Ingin cerita tentang 'PERANCANGAN'.

Ada antara kita yang suka merancang dan ada yang tak suka. ML ini jenis suka merancang, bertindak itu cerita kedua. Apabila kita ada perancangan, kita boleh dikategorikan orang yang memandang ke hadapan. 


Perancangan membantu memudahkan kehidupan kita. Sebab itu kita merancang. Namun, apa yang kita rancang tidak semestinya akan berjalan lancar atau akan berlaku.


Minggu lepas, ML dah merancang akan percutian hujung tahun. Namun, telah ditentukan ML kena bertukar unit tempat kerja, ada kemungkinan cuti ini akan terganggu.

ML tak boleh melatah. ML masih boleh merancang lagi, cuma rancangan itu mengalami perubahan atau tidak, ML kena berserah pada Allah yang Maha Menentukan.

ML rasa ramai juga antara kita yang merasakan tak seronok apabila rancangan tergendala atau mengalami halangan. Namun, usah gusar, semua itu boleh diatur - Minta bantuan daripada Allah yang Maha Berkuasa, dengan izinNya semua akan berjalan lancar. In shaa Allah.


*****************************
Untuk meningkatkan kesihatan dan kesuburan lelaki, ML boleh sarankan mengambil Vita-E Complex Shaklee dan Zinc Shaklee.

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan