Rabu, 12 Ogos 2015

12 Bahan dalam Produk Harian yang Boleh Menyebabkan Kanser

(Diterjemah dari aritkel di sumber :

Assalamualaikum.


Sebagai manusia biasa, kita berinteraksi dengan pelbagai bahan harian yang kita sendiri tidak tahu kesan baik atau buruk kepada tubuh badan kita. Jadi ML ingin kongsikan 1 artikel yang diambil daripada sumber ini, dan semoga kita mendapat manfaat dan pelajaran daripadanya.




EWG telah mendedahkan tentang buah-buahan atau sayur-sayuran manakah yang mengandungi racun serangga perosak yang tinggi di dalam artikelnya yang bertajuk ‘Dirty Dozen’ tahun lepas. Tahun ini mereka telah mengambil langkah lebih jauh untuk mendedahkan senarai terbaru dalam menangani toksin yang terdapat di sekeliling kita.

Sebagai jawapan kepada penyelidikan berkaitan toksin alam sekitar dan kanser, EWG baharu sahaja melancarkan “Canser Prevention Dirty Dozen” ( 12 cara Menghalang Kanser), yang mana menyenaraikan 12 karsinogen yang terdapat dalam produk harian seperti bungkusan, kosmetik dan perabot.

“Dalam kita hidup dalam pelbagai jenis bahan kimia, adalah wajar untuk kita untuk mengurangkan pendedahan terhadap bahan yang buruk,” -Laporan

Inilah dia senarai bahan kimia paling berbahaya dalam senarai EWG, apa kesan-kesan yang bahan-bahan ini terhadap tubuh badan anda, di mana bahan-bahan ini boleh dikesan dan bagaimana hendak mengelakkan daripada terdedah dengan bahan-bahan ini.

1. Bisphenol A (BPA)

Anda mungkin telah mendengar tentang bahaya BPA sebelum ini – ini adalah bahan kimia yang digunakan untuk membuat  lapisan plastik dalam bekas-bekas bahan makanan dan minuman dan ia juga dikaitkan dengan kanser yang berbahaya. Walaupun beberapa syarikat besar telah mengelak daripada mengguna BPA untuk pembungkusan, ia masih terdapat di dalam plastik yang bertanda “PC” dan “recycling #7”. Elakkan bahan ini, dan pilih makanan segar daripada makanan di dalam tin seberapa yang boleh.

2. Atrazine

Atrazine adalah racun rumpai yang paling luas digunakan di US dan kajian oelh NRDC menunjukkan, ia telah berjaya mencemari 80% air minuman. Tapis air paip untuk mengelakkan gangguan atau kemusnahan endokrin dan juga karsinogen yang berbahaya.

3. Organophosphate Pesticides

Kebanyakan syarikat gergasi mengguna racun serangga organophosphates untuk memusnahkan sistem saraf serangga, bahkan bahan ini juga merbahaya kepada manusia. Beli bahan-bahan dari sumber organik untuk mengelakkan produk-produk yang berkemungkinan tercemar dengan sisa racun serangga ini.


4. Dibutyl Phthalate (DBP)
DBP banyak dikaitkan dengan kanser dan kemandulan dan bahan ini telah diharamkan dari produk-produk penjagaan diri seperti cat kuku dan minyak wangi. Namun, masih boleh dikesan di dalam plastik lembut seperti langsir shower dan baju hujan, jadi adalah lebih selamat untuk memilih alternatif semulajadi berbanding plastik lembut.

5. Lead /Plumbum
Plumbum mengancam hampir setiap sistem dalam tubuh badan. Jadi berhati-hatilah dalam mengakiskan cat-cat lama di dinding, ia mungkin mnegandungi bahan kimia yang berbahaya.

6. Mercury
Pendedahan terhadap merkuri adalah sangat merbahaya semasa kehamilan, tetapi ia adalah penting untuk semua orang memeriksa kandungan merkuri dalam tubuh badan. Perhatikan pengambilan ikan-ikan saiz besar seperti tuna dan ikan todak – ikan-ikan jenis ini kebiasaannya mengandungi kandungan merkuri yang tinggi.

7. PFCs
PFC digunakan di dalam gris dan bahan salutan untuk menghalang kotoran. EWG mencadangkan agar mengelakkan karpet dan perabot yang telah disapu/dilapisi dengan repellent.

8. Phthalates 
Phthalates selalunya dimasukkan ke dalam minyak wangi supaya wangian melekat kepada kulit lebih lama, tetapi, bahan ini bukanlah bahan yang anda mahukan berada di tubuh badan anda. Bahan ini telah didapati mencelarukan tahap hormone dan mengganggu fungsi otak. Elakkan produk yang tertera perkataan ‘fragrance’ pada bahannya – kebiasaannya ia adalah kod kepada ‘phthalates yang mana tidak akan ditulis secara terang-terangan.

9. Diethlyhexyl Phthalate (DEHP)
DEHP adalah bahan yang selalu digunakan dalam kategori phthalates, dan peraturan sama perlu dipatuhi – elakkan bahan ini.

10. PBDEs
Bahan kalis ini digunakan dalam perabot seperti kerusi rehat, tilam dan bantal sehingga bahan ini ditarik daripada pasaran kerana mengandungi tahap toksiti yang tinggi. Perabot yang dihasilkan sebelum 2005 adalah lebih baik dielakkan dan dapat perabot baru yang bahannya lebih semulajadi dan selamat.

11. Triclosan
Triclosan telah dikaitkan dengan kanser dan penyakit jantung, namun ia masih lagin terdapat dalam produk-produk anti-bakteria Sabun alternative seperti minyak pati dan pembersih buatan sendiri adalah lebih selamat untuk mencuci.

12. Nonylphenol
Nonylphenols terdapat di mana-mana sahaja – daripada sabun pencuci baju ke sabun pencuci pinggan sehingga ke cat dan produk penjagaan diri. Mari cuba ikuti EWG’s Healthy Cleaning Guide   untuk mempelajari cara untuk mengelakkan bahan-bahan ini dari rutin harian anda.


*********************************
Mari kita pilih produk yang Semulajadi, Berkesan dan Selamat.

Gunakanlah Set Get Clean yang ternyata bebas dari bahan kimia merbahaya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan