Selasa, 18 Ogos 2015

Bila Tempoh Subur?

Assalamualaikum.

Mari ML kongsikan apa yang ML belajar (serba sedikit) tentang waktu kesuburan wanita. Sebenarnya ML pun tak arif tentang hal sebegini, tetapi pernah juga ML berjumpa dengan doktor untuk tanya 1 soalan berkaitan tentang persediaan apa untuk yang ML perlu lakukan untuk hamil.

Tetapi hari ini MLl bukan bercerita pasal persediaan untuk hamil, tetapi ingin kongsikan apa yang ML fahami tentang waktu subur.

Pernah tengok gambarajah seperti di bawah?


Kebelakangan ini ML juga rujuk gambarajah-gambarajah berkaitan waktu subur wanita, kerana merancang untuk mendapatkan anak kedua.

Mula-mula ML baca artikel-artikel berkaitan waktu subur ini, mengikut pemahaman minda yang slow ini, ML ingat waktu subur adalah minggu kedua selepas haid berhenti. OOPSSS SILAP RUPANYA.

Jadi dalam ayat mudah yang ML dah fahami ialah:
Waktu Subur adalah Dalam BEBERAPA HARI SELEPAS HAID BERHENTI. Yang ini ML faham.

Jadi, sesiapa yang merancang untuk mendapatkan anak, apabila haid berhenti sahaja, 2 atau 3 hari sudah kena berusaha 'membuat anak'. :)

Usaha kena dilakukan dalam lebih kurang seminggu. Sebab tempoh ovum bersedia untuk disenyawakan adalah sangat pendek. Jadi, kena giatkan usaha dalam tempoh tersebut. (Semua dengan izin Allah, termasuk rezeki anak, kita usahakan sahaja dan berserah)

Untuk tempoh berusaha mendapatkan anak, ML mengambil beberapa jenis vitamin Shaklee, Vita-Lea, SR Vita-C, Alfalfa dan ESP. 

In shaa Allah ML akan ceritakan manfaat vitamin-vitamin tersebut untuk wanita-wanita yang berusaha mendapatkan anak.


*****************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan