Khamis, 13 Ogos 2015

Bayangan Masa Depan

Assalamualaikum.

Kisah atau cerita polis adalah kegemaran ML. Sekiranya drama bersiri berkisar tentang penyiasatan ataupun kepolisan menjadi tumpuan ML. :). Entah kenapa, sesuatu gerakan menegakkan keadilan sangat menarik hati ML dan juga bagaikan impian hidup ML.

ML di zaman remaja dulu pernah membayangkan ML sebagai pegawai polis yang menyiasat kes-kes jenayah. ML sendiri dah lupa, tapi dua tiga hari kebelakangan ini teringat akan kisah zaman remaja.

Namun, ML tidak ditakdirkan untuk menjadi seorang pegawai polis. Walaubagaimanapun, ML kena tempias impian zaman remaja dan menjadi seorang pegawai beruniform (walaupun bukan polis, tetapi tetap beruniform).


 


Jadi, ML ingin nyatakan di sini, jika kita selalu membayangkan apa yang kita suka, tidak mustahil sesuatu perkara itu akan menjadi kenyataan dengan izin Allah s.w.t. - The power of imagination.

Jadi mulai sekarang, ML patut mula membayangkan ML berjaya dan kaya dengan mengusahakan Shaklee. Sebab setiap perkara yang kita bayangkan bagaikan panggilan serta doa menuju ke perkara yang kita bayangkan.

In shaa Allah, ML akan mulakan rutin membayangkan segala keinginan ML mulai hari ini, saat ini. Sebab kuasa doa dan kuasa imaginasi adalah kuasa yang amat membawa kesan.


*************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan