Perubahan - Kecil tapi Konsisten

Assalamualaikum.

Bagaimana hendak mengubah kehidupan kita?

Untuk mengubah kehidupan kita, kita perlukan satu atau beberapa disiplin yang akan kita amalkan setiap hari tanpa gagal.

ML mendengar ceramah Jim Rohn (boleh cari di YouTube untuk video-video dan ceramah beliau) yang menyatakan - kita cuma perlu 1 disiplin kecil yang kita amalkan setiap hari untuk mengubah kehidupan kita.


Misalnya, membaca buku bermanfaat, senaman ringkas setiap hari, makan sebiji epal setiap hari. Perkara-perkara kecil ini akan mengubah kehidupan kita. Sebab, perubahan berlaku sedikit demi sedikit dan bertambah. Perubahan ini adalah benda-benda kecil yang terkumpul dalam jangka masa panjang.

Kita laburkan 5 minit dari 24 jam hari kita untuk membaca buku yang bermanfaat. Dalam masa 5 tahun atau 10 tahun, kita sudah mengumpulkan banyak ilmu yang boleh membantu kehidupan kita.


Biar kecil, tetapi berkualiti. Biar kecil, tapi konsisten. Perubahan bermula dari yang kecil. Perubahan bukan bermula dari yang sempurna.

Dan ML ingin menyatakan, ML akan mencapai status WAHM dalam masa 5 tahun dengan izin Allah. ML cuma perlu lakukan perubahan-perubahan kecil dengan penuh berdisiplin dan penuh sabar. Cita-cita ML akan tercapai jua akhirnya.


************************************

Ingin mendapatkan produk Shaklee? Ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?
WhatsApp/SMS    ke --- 016 874 9195 Lenny

Kedai E-book dan produk-produk ilmiah lain di 

Ulasan

  1. sikit sikit dulu kan. xleh trerus mendadak :)

    BalasPadam
  2. Buat apa sekalipun, yang penting istiqamah/konsisten.. Baru la impaknya akan besar nanti, insyaAllah..:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa