Selasa, 24 Mac 2015

Impian dan Resepi Berjaya

Assalamualaikum.

Hari ini biar kita bersembang-sembang santai. Hari ini saya ingin ceritakan tentang Resepi Kehidupan. Sebenarnya kehidupan ini tak ada bentuk dan motif yang sama. Kehidupan ini adalah hidup dan berubah-ubah. Namun kita boleh 'acu'-kan kehidupan ini seperti yang kita kehendaki. Misal kata, kita hendak hidup selesa dan mewah, maka resepi nya - Usaha gigih, berkorban apa saja, fokus, konsisten dan yakin dengan matlamat hidup kita. Contoh lain, kita hendak hidup yang harmoni dengan ahli keluarga sekalian, maka resepinya - luangkan masa, laburkan duit untuk keluarga, selalu berinteraksi dan bertolak ansur apabila timbul konflik.

So everything has some recipe to it. Jadi apakah kehidupan yang anda inginkan?



Dan saya kongsikan sikit kehidupan idaman saya, sebidang tanah dan dibina sebuah rumah biasa di situ. Sekeliling laman boleh bercucuk tanam dan menternak ikan. Mempunyai kawasan laman yang luas untuk anak-anak saya bermain dan berlari. Selain itu, kebebasan masa saya bersama keluarga dan keadaan kewangan yang selesa dan stabil, yang membolehkan saya membelanjakan duit saya sesuka hati saya, bila-bila masa. Ah..... impian ku.... Dan tanamkan benih keyakinan bahawa saya akan mencapai kebebasan kewangan. Resepinya - berusaha dengan gigih, selalu memohon kepada Allah, selalu yakin kepada Allah, yakinkan diri saya boleh jadi pengedar Shaklee terbaik, sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran perniagaan, mempunyai ilmu menguruskan kewangan perniagaan dengan baik.... dan juga beberapa perkara yang saya akan tambah di masa hadapan.

Ingin kongsikan resepi kehidupan anda? emelkan kepada saya di lenny.boniface@gmail.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan