Bekerja atau Tidak Bekerja - Mana pilihan anda?

Assalamualaikum.

Bekerja dan tak bekerja mana yang lebih baik? Bekerja lebih baik. Lagi baik kalau boleh bekerja di rumah. Sebenarnya setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup bekerja dan hidup sebagai suri rumah tangga sepenuh masa. Bagi saya, wanita bekerja itu bagus, namun saya lebih suka wanita yang menguruskan rumah tangga sambil menjana pendapatan. Sebenarnya, wanita sebelum berumahtangga, dia bekerja di mana sahaja tidak ada isu besar yang timbul. Namun, apabila seorang wanita telah membina rumahtangga, dan mempunyai anak-anak yang kecil, bekerja itu bagaikan suatu 'kekurangan'.


Semasa saya masih bujang dahulu, bekerja adalah bukan satu isu besar dalam hidup. Tetapi apabila setelah mendirikan rumahtangga, keinginan saya untuk berhenti kerja semakin kuat. Permulaan keinginan saya untuk berhenti kerja adalah kerana mama saya, tapi mama saya telah tiada, jadi yang tinggal adalah kehidupan saya sekarang dengan suami dan anak saya. Dan itu adalah fokus utama saya. Dan boleh klik pengalaman perniagaan ini untuk membaca titik tolak saya pilih untuk bekerja di rumah dengan melakukan perniagaan.

Mari saya ceritakan rutin harian saya semasa. Saya pergi kerja balik kerja. Masa untuk menguruskan rumahtangga telah dipendekkan kerana saya bekerja. Dan terus terang saya katakan, urusan rumahtangga saya tak terurus.


Impian saya - saya menguruskan makan minum anak saya suami saya dan ibubapa mertua saya, menguruskan pakaian, menguruskan kebersihan dan kekemasan rumah, dan juga menjaga binatang peliharaan yang saya suka. Dan tambahan kepada pengurusan rumahtangga, saya mengimpikan kerjaya di rumah dengan mempunyai perniagaan saya sendiri. Jadi pagi-pagi saya uruskan rumahtangga, petang-petang uruskan perniagaan, malam-malam mendalami ilmu Al-Quran dan lain-lain ilmu agama. Indah kan?

Dan saya sedang berusaha ke arah impian saya. Langkah demi langkah. Biarpun kecil, tapi saya tidak ingin berhenti mengejar impian saya untuk menjadi Work-At-Home-Mama.

Sebenarnya, setiap manusia ini dikurniakan "power to choose" dan "power to believe what you want to believe in".

Jadi saya memilih untuk menjadi WAHM dan saya memilih untuk percaya yang saya boleh lakukannya dengan izin Allah. Berusaha dan terus berusaha.

Ulasan

  1. MJ pun sama. seronok kan jadi ibu yang bekerja dari rumah. bukan kita tak bekerja tapi bekerja dari rumah adalah kepuasan yg sangat tak boleh dibanding.

    BalasPadam
  2. cahayacinta.com

    as salam.kedua ada baik dan buruknya heee..kalau kita ada kerjakan sesuatu tu lebih baik.samping kita juga kalau nak jadi bijak mesti ada wang simpanan sendiri..sb belakan hari tak tahu apa akan jadi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa