Bunuh Diri

Assalamualaikum.

'Bunuh diri'. Pagi-pagi nak share sesuatu yang 'menyentapkan'. Sebelum pergi jauh, terma 'bunuh diri' ni bukan maksud menamatkan nyawa, tapi sekadar kiasan kenapa saya dan anda tak maju.

Kita banyak yang 'bunuh diri'. Kenapa? Kita ada impian kita tak berusaha mencapainya. Kita ada target tapi kita tak bersungguh-sungguh kejar. Kita ada masa kita tak betul-betul manfaatkannya. Kadang-kadang kita ada masa depan tapi kita biar masa silam hantui kita. Itu 'bunuh diri', sebab? Kerana hidup yang tak bersungguh-sungguh kita lakar maknanya atau pengisiannya, semua sia-sia dan lebih kurang macam orang mati. Dan saya pun macam itu. Saya hendak berubah. Saya pernah membuat satu ayat yang terpacul dari mulut macam itu sahaja :

Take control of life before I lost it.

Faham tak? Maknanya, kita tentukan hidup sebelum kita hilang hidup iaitu mati.

Dan saya ingin katakan kalau anda seperti saya sedang 'bunuh diri', jom lah kita hentikan ia. Kita HIDUP. KITA HIDUP & berusaha untuk kumpul tabung dunia dan akhirat. Amin.

Salam ukhwah dari Lenny.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa