Apakah timbangan anda?

Assalamualaikum.

Untung, rugi. Perkara yang lazim di dunia ini. Semua nak untung, kebanyakan tak nak rugi. Kenapa saya kata kebanyakan? Sebab ada segelintir manusia ini pemurah, dia tak kisah pun jika dia rugi. Sebab apa? Sebab dia berserah diri kepada Pencipta dan dia percaya kepada rezeki milik Allah.

Sebenarnya, saya sekarang merenung diri. Apakah saya ini memang mengejar kekayaan semata-mata? Saya mengaku, memang saya mengejar kekayaan dan kemewahan. Itu tak salah, sebab saya ingin memberi kepada keluarga saya, sanak saudara saya, rakan-rakan saya, sahabat-sahabay saya, orang-orang yang memohon bantuan. Maka saya tak salah kalau saya mengejar kekayaan. Dan saya mahu untung.

Tetapi kadang-kadang di mana sesuatu keadaan di mana kita faham hidup peniaga ini, (sebab kita sedang atau cuba berniaga) - bahawa peniaga sepenuh masa ini, perniagaan adalah pendapatan. Jadi bila berniaga semestinya kita akan letakkan harga yang boleh cover overhead selepas itu dapat untung sikit. Saya faham. Tetapi ramai yang tidak. Sebab mereka tak cuba berniaga. Jika mereka berniaga mereka faham bahawa harga yang diletakkan adalah harga yang menjadi pendapatan mereka dan selepas cover modal dan overhed. Dan saya faham juga apabila pelanggan cuba tawar-menawar meminta harga kurang, saya faham perasaan peniaga-peniaga tersebut. Sebab itu, saya jarang tawar-menawar. Sama ada saya beli atau tidak sahaja (selepas saya faham berniaga itu susah).

Untung atau rugi? Itu terpulang pada pandangan masing-masing. Apabila anda duduk di kerusi peniaga, anda semestinya tak nak rugi. Muhasabah diri sendiri, adakah kita menolong peniaga itu? Atau menyebabkan peniaga itu tak dapat cover penat lelah dia dapatkan stok, tak dapat cover duit minyak semasa ambil stok, overhed dia menyewa tapak atau kedai? Dan sebagai peniaga pula, apakah kita sememangnya fokus pada untung sahaja, tetapi tidak melihat kepada kualiti produk? Atau servis terbaik kepada pelanggan? Apakah kita dapat berikan sedikit diskaun kepada pelanggan sebagai sedekah supaya bisnes lebih berkembang (bab ini masing-masing punya pendirian ok. Jangan tiru kalau tak mampu). Jadi di mana kedudukan anda?

Semoga bermanfaat.

(Ditulis oleh : Lenny Boniface )

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa