Terima Kasih Mentor

Salam.

Alhamdulillah.

Baru lepas berchatting dengan mentor saya. Sebenarnya apabila kita dalam kekusutan, adakala bersembang dan bercerita dengan seseorang boleh membantu sama ada membantu mencari penyelesaian atau sekurang-kurangnya melepaskan tekanan perasaan.

Sebenarnya, saya dalam kebuntuan selepas tugasan 44 entri telah tercapai. Apa lagi yang harus saya lakukan? Apa yang perlu saya buat? Kerana saya mempunyai beberapa blog, dan yang paling saya utamakan ialah blog yang saya buat khas untuk bisnes Shaklee. Apa saya harus teruskan blog ini? atau tinggalkan kerana saya telah pun mencapai sasaran 44 entri? Setelah bersembang dengan Wani, mentor saya di Akademi Bekerja dari Rumah, saya ditunjukkan jalan. Ahhh~~~ lega... Saya menemui penyelesaian. Terima kasih mentorku. Alhamdulillah.

Setelah berbincang tadi, saya mendapat ilham untuk menjadikan blog ini blog catatan motivasi peribadi saya dalam menuju ke WAHM. Jadi, saya boleh utamakan blog Shaklee saya, sambil itu meneruskan penulisan di blog ini. Sebenarnya, dapat mengenalpasti atau meletakkan sesuatu genre kepada blog adalah sesuatu yang baik. Ia membantu penulis blog untuk membahagikan masa untuk setiap blog yang dimiliki.

Saya pernah menemui satu blogger berstatus ibu tunggal, blog dari US dan  beliau mempunyai beberapa blog, satu personal dan beberapa blog bisnes. Ini link blognya:  http://ninjamomdiaries.com/  Tapi, saya terfikir, bukankah senang kalau beliau mempunyai satu blog merangkumi semua? Tapi, setelah melalui pengalaman ini, saya faham bahawa mempunyai blog berbeza untuk tujuan berasingan bukanlah teruk sangat. Malah kadang-kadang membantu blogger membahagikan masa serta memberikan fokus sepenuhnya pada sesuatu masa.

Pengalaman kali  ini menunjukkan bahawa tidak rugi mempunyai mentor, malah bertambah-tambah untung pun ada. Berminat hendak menyertai Akademi Bekerja dari Rumah? Jangan segan, jangan malu untuk menghubungi saya. Untuk berkawan pun boleh. Sama-sama kita bantu-membantu untuk membentuk ummah yang berilmu.

Untuk pertanyaan, sila hubungi :
Lenny Boniface 
di
lennbj608@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
 https://www.facebook.com/lenny.boniface

Please LIKE my FB FanPage : Lenny Cute Cute Shop

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa