Sakit perut

(oleh: Lenny Boniface)

Salam.

Alhamdulillah diberi peluang lagi untuk menulis entri. Sebenarnya, saya sekarang mengalami sakit perut (yang mild). Walaupun tak sakit sangat ia tetap mempengaruhi persembahan harian saya. Saya menjadi moody, tak nak buat apa-apa, dan rasa ingin baring sahaja.

Benarlah kata penulis buku Jangan Bersedih, kalau kita atau sesiapa sahaja dihinggapi penyakit, walupun cuma selsema sahaja, maka akan tidak dipedulikan sekelilingnya.

Walaubagaimanapun, kerana saya dah berazam untuk menjadi WAHM, maka saya berusaha sungguh-sungguh untuk menjadikan impian ini menjadi kenyataan. (Chewah). Cabaran orang lain lagi besar dari cabaran saya. Saya tidak harus putus asa, harus terus berjuang dan mencari arah yang saya kehendaki.

Ya pembaca, kenapa entri saya asyik berkaitan halangan ke arah menjadi WAHM? Kerana saya ingin mencatatkan setiap cabaran-cabaran kecil dan cabaran-cabaran besar untuk rujukan pembaca. Bukan senang nak menulis hari-hari, terutamanya orang macam saya yang selalu hilang fokus. Maka melalui blog ini, saya ulangi hari-hari cita-cita saya menjadi WAHM. Sehingga saya dah bentukkan minda saya dengan perkataan WAHM. Anda pembaca di luar sana pun cubalah. Kalau tidak menulis dalam blog, boleh catatkan dalam jurnal atau dairi. Sehingga cita-cita kita menjadi darah daging dan tulang belulang kita. Maka dengan itu kita tidak akan lupa tujuan kita.


Kepada pembaca yang berminat mendapatkan e-book panduan menjadi WAHM di bawah ini, sila hubung saya, atau isi borang tempahan di link ini.



Hubungi saya melalui:
Email : lenny.bonifacejubilee@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/lenny.boniface
SMS/WhatsApp : 016-8749195

Jazakallah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa