Jumaat, 10 Januari 2014

'Perjalanan' Ke Sasaran 2

Salam.

Hari ini, mari kita bercerita tentang perniagaan. Sekarang, saya menyertai kawan sepejabat saya membuat jualan secara 'Dropship'. Dan di bawah ini adalah antara beberapa produk yang kami jual.




Saya pada waktu ini sedang ligat mencari produk untuk dijual. Dan minat saya dalam perniagaan online semakin membuak-buak. Alhamdulillah. Akhirnya, saya menemui sesuatu yang amat saya minati iaitu PERNIAGAAN. Tak kisah lah perniagaan konvensional atau online, saya menemui cinta di dalamnya. (Chewah). Pada masa ini, memandangkan saya belum menemui produk jualan yang saya betul suka, maka saya mulakan dengan 'dropship' dulu. Dan di sini (blog ini) saya akan catatkan perjalanan mencari produk dan perniagaan yang sesuai dengan keinginan saya. Cuma untuk pengetahuan umum, saya memang bergiat serius dalam perniagaan Shaklee dan sangat menyukainya, tetapi saya juga mempunyai minat kepada produk lain. Jadi tidak salah untuk mencuba. Kerana, kita harus mencari sasaran dan kesesuaian kita dengan perniagaan yang kita hendak ceburi. Alhamdulillah.

Saranan saya, jangan sempitkan pemikiran. Bukakan minda kepada idea-idea yang boleh membawa kepada kemajuan diri dan juga memberikan ilmu untuk kita matang dan berkembang. Belajar dan belajar lah.

Alhamdulillah.

Jazakallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan