Selasa, 7 Januari 2014

Sasaran Baru - 'Attitude' Baru

Salam.

Azam baru dan tahun baru. Sampai sahaja tahun baru mesti sebut azam baru. Sejujurnya, saya tidak pernah ada azam baru pada tahun baru. Azam saya hanya berlaku pada minit sahaja. Itu yang sebenarnya. Jika saya berazam, maka azam itu hanya berlaku beberapa minit sahaja, selepas itu saya akan mengalami 'amnesia'. (Hehehe). Itulah sifat saya, saya mudah lupa. Tetapi sekiranya, hati saya benar-benar menginginkan sesuatu dan menanamkan azam, dan hasrat itu akan tertanam di hati dan minda dan saya benar-benar melaksanakannya. Sekiranya hasrat itu 'ringan' sahaja, maka saya berazam seminit dan akan melupakannya selepas itu.


Entri kali ini akan saya catatkan, azam baru saya pada saat ini, iaitu saya ingin menanamkan 'attitude' baru. Kenapa saya menggunakan perkataan 'attitude'? sebab kedengaran canggih dan gempak. (Hehehe). Saya berdoa 'attitude' ini akan saya tanamkan setiap hari dan semaikan dan bajakan setiap hari.



'Attitude' baru yang saya ingin tanamkan:
1. Bersangka baik pada sesiapa sahaja, walau apa sekalipun keadaan - dan saya ingin kaitkan dengan istilah ALHAMDULILLAH.

2. Istiqomah dalam usaha saya dalam mengerjakan apa jua pekerjaan - Bersungguh-sungguh mengerjakan dan mengejar impian saya, walaupun pekerjaan itu sangat membosankan dan meletihkan.

3.Sabar

4. Seiringkan amalan rohaniah dan keduniaan - keutamaan kepada kerohanian dan disusuli duniawi. Beratkan AKHIRAT, dan Yakinkan diri saya DUNIA hanya sementara.


Setakat ini sahaja TANAMAN yang ingin saya TANAM. Dan saya yakin 'tanaman' adalah amat sukar, namun dengan doa dan perlindungan Allah, saya YAKIN semua akan lancar.


Jazakallah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan