'Perjalanan' ke Sasaran 3 - Perasaan Negatif dan Stress

Salam.

Syukur Alhamdulillah saya masih dapat menulis entri untuk hari ini. Namun, kisah perjalanan hari ini ialah saya diselubungi perasaan negatif dan stress.



Kenapa? Kerana apabila kita telah merancang sesuatu untuk dilakukan dan kita berazam untuk melakukannya, tiba-tiba sesuatu mengganggu jadual kita. Maka kita akan diuliti perasaan yang tidak bagus dan akan merasa tertekan. Betul tak kepada ibu-ibu yang membaca entri ini? Seperti dalam buku yang saya telah baca (7 Minutes Solutions), penulis (yang juga seorang ibu)  telah menyatakan bahawa, sebenarnya kehidupan ini penuh cabaran dan halangan. Misalannya, kita telah merancang sesuatu program untuk menambahkan pengetahuan dan pendapatan, tiba-tiba belum 'melangkah' lagi, sudah ada yang mengganggu, seperti anak-anak yang melekat sahaja ke mana kita pergi, sampai kita menggunakan komputer pun anak-anak hendak meriba. Ataupun, kita telah merancang melakukan aktiviti mengemaskan rumah atau menyusun stok perniagaan, tiba-tiba suami mengajak keluar mencari barang, dan lain-lain lagi yang kita alami. Dan kita akan merasa stress sebab apa yang kita rancangkan tidak diselesaikan.

Sebenarnya ini lumrah kehidupan. Tidak ada yang sempurna dalam hidup ini. Manusia hanya merancang, dan Allah menentukan sama ada rancangan kita berjalan lancar atau tidak. Sesungguhnya hanya kepada Allah kita harus bergantung dan letakkan segala harapan. Namun, saya harap dan saya harus berusaha dan berusaha untuk mencapai cita-cita saya iaitu WAHM atau 'Successful and rich Mom who can stay at home and do what ever I want" (hehehe). Saya kena hari-hari menulis tentang WAHM, agar saya tidak tersasar dan terlupa tujuan saya yang sebenarnya.



Alhamdulillah, hari ini, saya masih dapat melakukan apa yang saya patut lakukan iaitu menulis entri blog ini. Walaupun agak 'sakit' untuk menulis, namun saya dah melakukannya. Setakat ini saya dah mencatatkan 32 entri (kalau tak silap). Yang masih perlu saya lakukan hari ini ialah mengemas ruangan kerja saya di bilik. Ya. Belum kemas lagi. Ada beberapa barang yang patut saya susun dan letak dalam kotak dan beberapa barang lagi hendak didermakan kepada sesiapa yang sudi menerima atau yang memerlukan. Dan kepada pembaca di luar sana, sekiranya anda memerlukan apa-apa keperluan seperti baju terpakai atau barang terpakai sila hubungi saya. Saya cuba periksa kalau saya ada barang yang anda perlukan. Terima kasih.

Alhamdulillah.

Jazakallah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa