Ini Bagus

Assalamualaikum. Bersiaran dari sebuah cyber cafe di Bandar Baru Bangi. Hujan lebat di luar.

Sebenarnya dah agak lama saya tidak berceloteh di blog comey ini. Jadi hari ini, akan cuba sedaya upaya untuk mengetengahkan apa-apa cerita yang sesuai.

Saya kebelakangan ini mengikuti video di Youtube berkaitan sales. Dan penceramah sales yang sangat menarik minat saya ialah Antonio Victor. Boleh layari video-video beliau berkaitan sales. Sangat santai dan menghiburkan. Beliau juga mempunya website sendiri iaitu http://www.sellingergroup.com/.

Saya tertarik dengan satu cerita dalam video beliau. Mari saya ceritakan sedikit. Pada zaman, dahulu kala, ada seorang raja dan raja ini mempunyai seorang kawan baik. Dan ke mana-mana sahaja raja ini akan membawa kawan baiknya. Kawan baiknya adalah seorang yang sangat optimis, dan setiap perkara dia akan kata "Ini Bagus!" Kemudian dikisahkan, suatu hari, raja pergi memburu bersama-sama kawan baiknya. Dan raja ini berburu menggunakan senapang patah. Kira-kira rombongan buruan ini telah sampai ke tempat sesuai dan terdapat binatang buruan, maka raja itupun mendapatkan senapang patahnya. Raja mensasarkan senapang ke binatang buruan dan bersedia untuk menembak. Tetapi senapang raja tak boleh melepaskan tembakan (kerana 'jammed'), dan meletup di jari raja. Dan raja kehilangan ibu jarinya akibat letupan tersebut. Kawan baik raja pula, kata " Ini Bagus!". Raja tersebut menyirap darah dengar kawannya berkata demikian. Raja kata "Macam mana ini bagus, ibu jari dah putus!!" Dengan marahnya Raja mengarahkan kawan baiknya dimasukkan dalam penjara.


 

Setelah setahun peristiwa itu berlalu, suatu hari Raja pergi memburu lagi. Dan pemburuan kali ini, Raja telah sesat sehingga satu perkampungan orang asli kanibal. Apalagi, orang asli ini terus menangkap Raja untuk dijadikan sebagai makanan. Malang sungguh nasib Raja, diikat dan bersedia untuk disembelih. Tetapi, kumpulan orang asli ini ada satu pantang larang, mereka tidak akan makan orang yang tidak sempurna anggotanya. Jadi, sebelum mereka menyembelih Raja, mereka periksa keadaan fizikal tubuh badan Raja untuk memastikan tiada kecacatan. Dan kumpulan orang asli ini telah mendapati Raja ini cacat, kerana tidak hilang ibu jari kanan. Kumpulan orang asli terus tidak jadi menyembelih Raja melepaskannya.





Raja terlepas dari maut itu  terus melarikan diri balik ke istana. Dan pada masa itu Raja teringat kawan baiknya yang dipenjarakan. Raja terus mendapatkan kawan baiknya. Raja menangis meminta maaf kerana mengurung kawan baiknya dan menceritakan kejadian yang berlaku. Tapi kawan baik Raja tidak sedikit pun marah, dan berkata "Ini Bagus!". Raja pun hairan, dan berkata " Apa yang bagus? Engkau duduk dalam penjara selama setahun tanpa sebab."
Kawan baiknya pun berkata " Jika saya tidak dikurung, saya akan ikut sama berburu dan saya sememangnya akan menjadi lauk orang asli tersebut sebab tubuh badan saya sempurna. "


The moral of the story?

Sila beri ulasan ye.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa