Isnin, 13 April 2015

Aktiviti Hujung Minggu 1 - Kelas Menjahit Jubah Abaya

Assalamualaikum.

Teruja sangat nak share aktiviti pada hujung minggu lepas. Sabtu, 11 April 2015, saya telah mengikuti kelas menjahit jubah abaya yang dianjurkan oleh Karysma Store di Shah Alam.

Jauh juga dari rumah saya, tapi sebab minat nak belajar macam mana nak buat jubah, saya minta tolong husband tersayang hantarkan. Alhamdulillah, dapat husband yang memahami.

Dapatlah saya membuat jubah abaya yang simple. Mari ceritakan sedikit macam mana kelas dijalankan. Kelas dijalankan di Shah Alam. Tentatifnya ialah sebelah pagi belajar buat dan lukis pola, kemudian gunting kain. (Barang-barang untuk gunting, lukis disediakan, tetapi sekiranya boleh bawa sendiri lagi bagus, sebab tak perlu tunggu untuk guna barang yang sama - sebab barang sharing). Kain disediakan.

Kepadatan kelas adalah mengikut permintaan. Hari sabtu lepas cuma ada  5 orang sahaja yang mengikuti kelas. Jadi keadaan lebih tertumpu dan rileks sebab tak ramai. Kalau kelas yang popular adalah seperti Kelas Princess Cut, Baju kurung dan beberapa tajuk lain.

Mengikuti kelas seperti ini sangat memberikan peluang untuk saya release stress. Sebab dapat 'gerak-gerakkan' otak untuk melakukan aktiviti fizikal tangan. Alhamdulillah, saya berjaya meghasilkan jubah abaya. Boleh lihat di bawah.



Cikgu Lin sedang memberikan penerangan awal.





Jubah Abaya yang telah siap & saya dan Cikgu Lin


 
Saya dan rakan-rakan yang sama belajar.




***********************
IKLAN
***********************

Lenny Boniface
di
016-8749195  WhatsApp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan