Selasa, 28 April 2015

Apa yang hendak dijual??

(Teks : Lenny Boniface)

Assalamualaikum. Terfikir apa hendak ditulis pada blog kesayangan ini. Sebenarnya intipati yang lahir dari hati untuk dijadikan bahan entri adalah terbaik. Sebab ia adalah asli dan tiada yang akan sama dengan entri sedemikian.

Maka, saya akan melatih diri untuk menulis entri yang lahir daripada hati dan minda sendiri dan bukan dari  menyalin dari mana sumber.

Alhamdulillah. Mempunyai blog membantu saya untuk fokus. Fokus kepada apa yang saya hendak lakukan, kepada cita-cita saya, kepada perniagaan saya, dan kepada beberapa perkara. Kenapa saya katakan demikian? Kerana apabila anda mempunyai blog, niat awal (kebiasaannya) adalah menambah pendapatan. Kedua, niat untuk berkongsi informasi. Berkongsi informasi ini adalah amalan yang bagus. Kerana berkongsi informasi ini, kita membantu orang di luar sana yang memcari maklumat atau bantuan (dalam bentuk nasihat atau panduan), selain itu, dengan amalan ini juga kita dapat menambah kawan, dan juga menarik pelanggan.

Pernah tak anda merasakan anda menjual produk yang sama dengan ramai orang dan persaingan amat sengit samaada dalam harga dan pemasaran? Well, saya pernah terbaca satu artikel dalam blog berkaitan perkara demikian. Jika berlaku perkara seperti begini, perkara yang anda boleh 'jual' atau ketengahkan ialah 'value'. Value maksudnya nilai moral diri anda, anda suka menolong orang, anda suka recycle, anda suka sharing dan kongsi kegembiraan. Sebab, manusia kadang-kadang mencari sesuatu di luar daripada nilai barang jualan. Mereka juga mencari kawan/rakan yang mempunyai nilai kepercayaan yang sama - contoh suka organik, suka jaga alam sekitar, suka hobi yang santai dan lain-lain. Dan value ini handaklah selalu diketengahkan secara konsisten atau berskala, mana tahu anda adalah penjual ideal yang dicari-cari selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan