Masa : Saat ini

Salam.Alhamdulillah.

Masa. Macam-macam peribahasa berkaitan masa, contoh MASA ITU EMAS. Dan ternyata masa itu lebih berharga dari emas. Sebab walaupun kita ada EMAS, belum tentu dapat membeli masa.



Masa telah berlalu, dan sekarang dah masuk 24 RAMADHAN. Macam mana dengan 'progress' kita? Kalau progress kita tidak memuaskan hati, usah gusar, usah putus asa, boleh mulakan dengan saat ini, kita tanamkan niat kita nak lebih berjaya dan lebih baik dari semalam. Kita jangan lah tunggu sampai Ramadhan tahun depan pulak. Mulakan dari saat ini. 'Breaking habit' memang susah. Saya pun sama. Mula-mula saya pun sangat liat hendak update blog. Tapi, apabila kita dah letakkan niat, buatkan WISHLIST atau sasaran, kita cuba. Mula memang tak boleh konsisten. Contoh ngaji Al-Quran, kita niat nak mengaji setiap hari, tapi untuk permulaan memang kita akan skip sehari, skip dua hari, atau tak buat langsung. Tapi, kita ingat balik niat kita dan sasaran kita, in shaa Allah, mungkin kita akan buat 2 kali seminggu. Kemudian, apabila diri merasa makin mendekati sasaran, automatik kita akan tingkatkan 4 kali seminggu dan seterusnya. Yang penting kena mulakan dari saat kita sedar kekurangan diri kita, dan kita hendak berubah. Yang penting nawaitu dan hargai masa sekarang.


Kami mengalu-lakukan anda untuk bergabung dengan kami lebih 700 blog. Setiap hari kami menerima pendaftaran baru. Alhamdulillah.

Senarai program-program/kelas-kelas yang ditawarkan di ABDR:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran Pengurus Online ABDR -setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di Soho Directory
10. Untuk keterangan lanjut berkaitan program di ABDR sila layari  http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/


Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh : 

Lenny Boniface 
di
lenny.boniface@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa