Ahad, 13 Julai 2014

Catatan saya untuk fokus

Salam.

Alhamdulillah.

Bermula hari saya ini dengan niat dan fokus untuk menjadikan blog ini sumber pendapatan pasif saya. Saya terbaca balik WISHLIST saya di blog ini. jadi akan saya cuba sedaya upaya untuk memenuhi WISHLIST yang saya buat itu.  Alhamdulillah, Subhanallah. Segala-gala puji-pujian untuk Allah s.w.t. Bukan senang nak 'break habit' dan mulakan rutin yang baru. Semuanya perlukan kecekalan dan fokus. Tanpa elemen ini, maka kita akan tersasar dari IMPIAN yang hendak dicapai. Bayangkan, setiap hari sebagai ibu kita perlu mengendalikan kerja-kerja mengurus rumah dan juga mengurus anak yang pelbagai ragam. Dan apabila kita hendak memulakan suatu projek, contohnya menulis blog, maka akan terdapat halangan-halangan yang mengganggu fokus kita. Itu adalah biasa bagi warga-warga suri di rumah dan suri yang bekerja. Namun, jangan kalah dengan halangan-halangan itu. Anda lebih bijak dari itu semua. Masa adalah milik anda, dan anda mempunyai pilihan untuk menguruskannya atau tidak. Pilihlah untuk berjaya dan cemerlang. Saya doakan anda dan saya mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Amin.




Inginkan maklumat lanjut  / menyertai program-program  ABDR seperti di atas?
 Hubungi saya ya:

WhatsApp/ Sms 016-8749195 
atau
Emel: lenny.boniface@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan