Isnin, 4 Ogos 2014

Hari Pertama Masuk Kerja Selepas Bercuti Panjang

Salam.

Alhamdulillah.

Sungguh lama saya tidak membuat entri. Terasa sangat kerugian, kerana masa berlalu begitu sahaja tanpa saya membuat entri baru. Dek kerana musim Hari Raya Aidilfitri, saya sibuk menguruskan persiapan Hari Raya dan juga balik kampung saudara mara, maka tak berusik komputer di rumah.

Hari ini adalah hari pertama saya masuk kerja setelah bercuti sepanjang bulan Ramadhan. Fuh bestnya duduk di rumah. Ini semakin membakar semangat saya untuk menjadi WAHM. Ya Allah perkenankanlah dan permudahkanlah impian saya Ya Allah. Amin.

Sebulan bersama dengan anak manja saya memang seronok. Cepatnya masa berlalu. Rasa ingin pusingkan balik masa. Alhamdulillah, Allah permudahkan cuti saya. :)

Sekarang, bermula balik sasaran utama saya, menjana pendapatan saya secara online. Cia yok! Jangan putus asa. Mari kita berusaha dan bertawakal. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah dan Maha Mengabulkan doa.












Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh :

Lenny Boniface  dilenny.boniface@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)https://www.facebook.com/lenny.Boniface



Tiada ulasan:

Catat Ulasan