Perbaiki Diri

Salam.

Alhamdulillah.

Bagaimana hari anda? Hari saya? Hari saya kurang produktif. Dan akan saya PERBAIKI DIRI supaya menjadi insan lebih agresif, produktif, sensitif, peka dan fokus. Kita harus sentiasa peka akan keadaan diri sendiri, dan selalu bermuhasabah diri. Supaya kita dapat menilai apakah diri kita maju ke hadapan atau duduk statik sahaja. Pada masa ini, saya perasan yang saya masih di takuk lama. Dan saya harus melakukan perubahan dan menanamkan benih-benih nilai kebaikan dan inginkan kejayaan dalam diri saya.



Masa itu sangat berharga. Islam pun menekankan perkara berkaitan masa. Yang paling penting ialah MAUT itu sangat dekat dengan kita. Jadi apakah saya dah bersedia untuk akhirat nanti? Dan apakah saya menyediakan bekalan untuk anak-anak saya di masa hadapan sekiranya saya tiada nanti? BELUM. Semua belum buat. Apabila kita dah tahu apa yang perlu dibuat, buat segera, SEKARANG. Sebab sekarang yang penting. Yang lain-lain itu semua DISTRACTIONS yang mengganggu kita dari terus maju ke hadapan.

Ayuh, kita mulakan hari ini. Biar sedikit tapi konsisten. Dan kita akan lihat perubahan yang terjadi suatu hari nanti.

Berminat menyertai kami di ABDR? Hubungi saya melalui :
SMS/WhatsApp : 016-8749195

ATAU

Email : lenny.boniface@gmail.com





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa