Isnin, 21 Julai 2014

Kelas Penulisan Kreatif di ABDR

Salam.

Alhamdulillah.

Penulisan. Suatu kerjaya yang agak dalam trend sekarang. Cuba pergi ke MPH, Popular atau mana-mana toko buku besar mahupun kecil, penuh dengan lambakan buku-buku novel baru. Dan kemungkinan anda juga berminat hendak menghasilkan sebuah karya sendiri. Namun anda tidak tahu bagaimana. Tiada arah tujuan lagi untuk menghasilkan genre yang mana satu. Tiada modal untuk menerbit karya anda. Dan bermacam-macam lagi persoalan dan isu yang anda belum ketahui.


Di ABDR, terdapat satu program Kelas Penulisan Kreatif yang dikelolakan oleh Cikgu Online Monalita Mansur dan Cikgu Online Mazlia. Mereka akan membantu anda ke arah menghasilkan karya yang bermutu dan juga membantu anda mencari arah genre anda. Tiada masa untuk kelas? Usah gusar, semuanya secara online.

Berminat? Boleh hubungi saya seperti maklumat di bawah:

Lenny Boniface 
di
016-8749195 (SMS/WhatsApp)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan