Khamis, 17 Julai 2014

Terkini dari Pengasas ABDR : Kita mampu luar biasa

Salam
Alhamdulillah.

Kali ini saya ingin kongsikan entri dari Pengasas ABDR iaitu Masayu Ahmad. Membaca entri di blog memberikan kita inspirasi dan juga ilmu yang kadang-kala kita cari selama ini. Alam maya adalah suatu tempat yang mengandungi ilmu-ilmu dan bahan bacaan yang tiada akhirnya, daripada isu atau tajuk yang kita cari sehinggalah ke tajuk yang langsung tak berkaitan dengan kita atau apa-apapun. Jadi kita hendaklah sentiasa fokus dengan matlamat kita, atau sasaran kita apabila melayari internet. Sekiranya tidak, maka kita akan membuang masa kita dengan banyaknya di internet.

Mari kita baca entri dari Masayu Ahmad untuk panduan kita mencari ilham dan inspirasi.


Kita mampu luar biasa
Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, sudah menjejaki 18 Ramadhan dan sudah 16.7.2015 tahun masihi. Allahu Allah, sangat laju masa mengejar. Dan ketika sampai saaat ini, hanya kesyukuran atas segala nikmat dan rahmat. Atas segala kemudahan dan apa juga doa yang diperkenankan. Perjalanan hari ini, tidak akan berlaku dengan apa yang sudah kita dapat sejak dari dulu.

Hijrah

Hijrah dalam banyak perkara dan paling penting hijrah kita ke arah kebaikan. Sentiasa muhasabah diri dan sentiasa belajar akan kesilapan. Saya menyoroti apabila berlaku silap faham, apa teguran Allah kepada saya. Mungkin saya alpa dengan adik beradik, ibu bapa, mertua, suami atau anak-anak. Sangka baik kita terhadap apa yang berlaku dan ambil iktibar.


Manusia selalu lupa
Kita selalu lupa bahawa kita datang dari tidak ada apa apa. Bogel dilahirkan, dan mula menapak dan cantik apabila dipakaikan pakaian cantik ketika bayi, kanak-kanak. Kita diagungkan, dipeluk dan cium. Kita sangat menawan kerana kita masih ahli syurga kerana tidak ada dosa. Ia harum.

Kita alpa
Masa bergerak dan kita mula memakai pakaian yang pelbagai. Busuk, wangi, masak. Setiap perjalanan kehidupan juga begitu. Kita ditemukan dengan ramai orang dan pelbagai watak kehidupan. Yang buruk, teruk itulah perlu dinilai semula dan diambil iktibar.

Posisi kehidupan
Selalunya manusia akan bertindak balas, apabila ada yang berlaku itu tidak sama dengan apa dipegang pada prinsip diri. Sama ada pandangan, fikiran dan apa jua tindakan. Iaitu kita kembali muhasabah diri, apabila apa yang kita lakukan tidak mendapat tempat atau nilai sepatutnya. Kejarlah redha Allah, bukan pujian manusia. Insya-Allah perjalanan itu cantik sekali, walau sesekali kita ditegur terik.


Kami mengalu-lakukan anda untuk bergabung dengan kami lebih 700 blog. Setiap hari kami menerima pendaftaran baru. Alhamdulillah.

Senarai program-program/kelas-kelas yang ditawarkan di ABDR:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fan page mula bisnes
3. kelas beriklan mudah.my
4. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
5. Kelas akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran Pengurus Online ABDR -setiap hari
8. Tempahan blog bisnes/penulisan-3 hari siap
9. Beriklan dengan kami di Soho Directory
10. Untuk keterangan lanjut berkaitan program di ABDR sila layari  http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/




Inginkan maklumat lanjut? Jangan segan-segan jangan malu-malu, hubungi saya melalui cara-cara yang anda selesa, SMS boleh, WhatsApp boleh, e-mail pun boleh : 

Lenny Boniface 
di
lenny.boniface@gmail.com
016-8749195 (SMS/WhatsApp)
https://www.facebook.com/lenny.Boniface


Tiada ulasan:

Catat Ulasan