Jumaat, 23 Julai 2021

The Things We Can Change

 Assalamualaikum.

Hari ini 23.07.2021, kes baru sudah mencecah 15K. Kami dah tak tahu nak cakap apa dah. Personally bagi Kak Lenn, takyah blame mana-mana pihak pun. Ini act of nature ataupun dikenali sebagai Qada' Qadar Allah s.w.t.. Kak Lenn berpendapat (personally, walaupun apa kata WHO), 'tsunami covid-19' ini akan reda sendirinya, bak kata omputih "what's goes up must come down". 

Kita, rakyat dan pihak pemerintah dah cuba terbaik dah. Tapi kes tetap meningkat. So, stop blaming anyone, everyone, the world etc. etc. etc.

Sekarang, Kak Lenn adalah masa terbaik untuk kita perbaiki diri, tambah kebaikan di dalam diri dengan beramal sebanyak mungkin. Tak kira, kita bersalah atau tak, tak kira dunia ini akan pulih atau tidak. THE ONLY THING WE CAN CHANGE IS OURSELVES.

Kak Lenn cuma boleh ubah diri sendiri iaitu, mencari pahala dengan beribadah, mengaji quran, melatih diri untuk selawat/zikir, mengubah cara pemikiran dan cara pandang dunia ini. Biarlah sedikit zikirnya, atau selawatnya, tapi setiap hari sentiasa ada. Itu lah perubahan yang kita nak.

Let nature take its course. Ada mungkin yang kata ini adalah konsipirasi dunia. Ada mungkin yang kata ini adalah sebab dari dosa kita. Tapi tak kira dari sebab apa pun, musibah ini datang dari Allah s.w.t. , jadi kita kena minta dengan Allah dan kembali kepadaNya. Hanya Allah yang akan mengembalikan kebaikan ke dunia. Tetapi, kita sebagai hamba wajib beriman kepadaNya dan memohon kepadaNya.

Jadi kita cuba tambahkan keimanan kepadaNya dan bertaubat kepadaNya. Semoga dunia ini kembali pulih seperti sedia kala. Amin.



LENNY BONIFACE
Mama Jual Shaklee
Shaklee Independent Distributor
https://www.wasap.my/60168749195/


1 ulasan:

  1. https://babycare-all.com/is-brown-discharge-5-weeks-pregnant-a-sign-of-pregnancy-2021/

    BalasPadam