Jumaat, 24 Januari 2020

CHALLENGE 2020 untuk diri sendiri

Rindunya menulis.

Agak lama juga blog ini tidak terisi dengan perkongsian hidup aku.

Dalam mencari ilham itu, aku baca post lama aku - MENCARI TUJUAN.

Antara dalam post itu ialah aku tulis

1. Baca buku - 2 buku berkaitan motivasi /berniaga setiap bulan/ bantu diri
2. Mengaji Al -Quran - 1 hari min 6 muka surat
3. Berkongsi Info Produk setiap hari di Sosial Media.
4. Menulis (5 minit) - blog, fb, atau karang cerita. (setiap hari)
5. Memasak untuk anak-anak setiap hari.

Dan hari ini, aku akan baca dengan mulut aku apa aku nak buat. Dan ada tambahan lagi untuk senarai di atas.

6. Mengerjakan kebun sayur dengan konsisten.
7. Melakukan aktivti minimalis dan 'declutter' secara konsisten atau berkala.
8. Kisah parenting -tips dan cabaran

Dan sebelum ini, aku juga pernah tulis nak kongsikan projek tanaman kebun aku. Projek dah berjalan tapi aku tak upload lagi di dalam blog. 

Terasa macam aku yang menyia-nyiakn peluang dan masa untuk mengemaskini blog kesayangan aku ini.

Pada asalnya, aku bercadang untuk sepenuhnya menulis tentang produk dan bisnes Shaklee. Rupanya dengan niat itu, aku telah 'mencantas' peluang aku untuk kembangkan ideologi, pemikiran, ilmu lain-lain yang aku dapat. 

Kerana mengehadkan penulisan dengan bisnes aku sahaja, aku telah mengehadkan pergerakan aku.

Alhamdulillah, Allah memberikan aku ilham untuk tidak menyia-nyiakan blog ini. Aku menjadikan blog ini sebagai medan aku sebarkan ilmu yang aku ada di dalam dada, pemikiran aku serta sebagai jurnal untuk mencatatkan perjalanan kegagalan dan kejayaan aku.

Setiap konten yang kita letakkan di dalam blog, menunjukkan cara kita 'grow' - bertumbuh/berkembang/menjadi matang.

Dengan ini, aku menyatakan kepada diri aku ini adalah CHALLENGE ke pada diri aku. Untuk  menunjukkan aku 'grow'.




Ditulis oleh:

Lenny Boniface
- Woman Empowerment Lover-
- S.I.D Shaklee-
- Minimalist Lover-
- A mother want to be successful- 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan