Isnin, 14 Oktober 2019

Mencari Tujuan

Sudah lama tidak aktif dalam menulis (dan membaca).

Kebelakangan ini terasa serba tak kena. Dan tidak tahu apa yang sedang mengganggu emosi dan fikiran. Maka, tiba-tiba pagi tadi datang satu 'ketukan minda' - Mungkin aku, kekurangan 'cabaran' dalam hidup.

Faham istilah 'lame'?
Apabila hidup dah kehilangan cabaran, manusia akan rasa macam 'tawar'. Tapi tak ada sesiapa nak cabaran atau halangan dalam hidup. Itu juga sifat manusia. Manusia hendakkan hidup yang senantiasa lancar dalam mencapai impian. Tapi itu tak mungkin.

Maka, kesimpulan dari 'ketukan minda' ini, aku ingin ubah hidup aku. Aku ingin 'embrace' cabaran. Aku ingin lalu cabaran dan halangan hidup ini. Hendak berjaya dalam mencapai sesuatu kejayaan, sama ada yang kecil mahu pun besar.

Jadi, aku nak set objektif yang aku nak capai:

1. Baca buku - 2 buku berkaitan motivasi /berniaga setiap bulan/ bantu diri
2. Mengaji Al -Quran - 1 hari  min 6 muka surat
3. Berkongsi Info Produk setiap hari di Sosial Media.
4. Menulis  (5  minit) - blog, fb, atau karang cerita. (setiap hari)
5. Memasak untuk anak-anak setiap hari.


OK. Aku set ini dulu. Nanti aku update di sini bagaimana objektif memberikan kehidupan ini makna.

Image result for challenge

Tiada ulasan:

Catat Ulasan