Rabu, 29 Januari 2020

Cuti-cuti CNY Ke Padang Besar (Part 1)


Salam membaca. 

Tahu tak apa aktiviti yang memberikan satu suntikan ceria pada jiwa? Iaitu aktiviti berjalan-jalan ke tempat orang ataupun orang sebut bercuti.

Aku ini jenis manusia yang tak suka berlama-lama satu tempat. Tapi kalau dah berkeluarga, kena lah bermastautin tetap di satu tempat kan.

Tapi, aku asal ada peluang aku akan pergi berjalan-jalan ke mana-mana. Ia bagaikan terapi.

Kali ini, sempena cuti CNY yang lepas, aku berpeluang pergi ke Padang Besar, dek atas jemputan kenduri kahwin member suami. 

Kami bertolak dari pagi 25 Januari 2020 (Sabtu) pukul 4 pagi bergerak. Ini kerana hendak mengelakkan dari bertembung dengan keadaan trafik jem. Aku dan anak-anak tidur di belakang kereta. Manakala suami memandu sejak pukul 4 pagi. 

Pada pukul 9 pagi, kami sampai di Pulau Pinang, kata suami, bersarapan di P.Pinang. Kami pun masuk Pulau Pinang bersarapan. Kawasan yang kami pergi ialah Astaka Taman Tun Sardon. Itu pun setelah gagal mencari kedai untuk bersarapan. Aku bukan 'foodie'jadi tak mengambil gambar makanan whatsoever lah. :)

Selesai je aktiviti makan, kami cari port nak habis masa sebelum bertolak ke Padang Besar. Tetapi tak jumpa kawasan yang sesuai. Akhirnya, kami parking di kawasan Tanjung City Marina. Ini kawasan ada feri P. Pinang.

Sang suami hendak beradu tidur,sebab penat memandu, jadi aku pun secara automatik membawa anak-anak keluar berjalan sekitar kawasan Tanjung City Marina.



Yang gambar atas ini adalah tulisan kat arca 'Arca Puncak Gelombang', aku tak ambil gambar penuh sebab keadaan cuaca panas membuatkan aku tak rasa nak amik gambar arca ni penuh.

Beberapa gambar di bawah ini, aku ambil masa berjalan-jalan di sekitar kawasan ni juga. Tapi aku sampai ke kawasan Street Art - Brother and Sister on Swing. Tapi art ini dah tak ada. Yang aku nampak art gambar orang utan je.

Tengah-tengah jalan sebelum sampai ke Street Art - Brother and Sister on Swing, kami terjumpa 'Wonder Food Museum'. Dalam tu adalah tempat model-model makanan yang besar dan nampak real.
Kena beli tiket untuk masuk. Tapi kami lalu saja di ruangan tiket, tak masuk dalam.

Nak letak video dalam ni tak arif lagi. Nanti aku letak video kat 'wonder Food Museum' tu.


























Di sekitar kawasan Tanjung City Marina ini, ada servis sewa basikal untuk ronda-ronda kawasan. Ini saja gambar yang aku tangkap masa tu. Basikal masih lagi dalam canvas simpanan.






Gambar bawah ni diambil di Church Street Pier. Dari kawasan dapat lihat kapal cruise. Cantik, tapi masa ini, kawasan ini banyak tutup sebab cuti umum.
Di kawasan dekat-dekat jeti feri ini, ada kawasan kedai-kedai, kawasan ini banyak tempat menarik. Tapi aku tak sempat nak jelajah banyak, kerana sang suami nak gerak ke Padang Besar dah.



























Ditulis oleh:

Lenny Boniface
-Traveler wannabe
- S.I.D Shaklee-
- A mom- 


Tiada ulasan:

Catat Komen