Mencari dalam Gelap

Assalamualaikum.

Menaip lagi. Bukan dalam erti yang negatif.

Saya teringat bacaan dari blog zenhabits.net - untuk menjadi seorang penulis, haruslah menulis selalu, sentiasa dan konsisten. (Lebih kurang begitulah katanya).

Saya teringin jadi penulis. Tapi belum lagi menampakkan hala tuju penulisan saya lagi.

Kebanyakkan entri berkaitan Shaklee, adalah lebih kurang saja dengan blog orang lain. Kalau bercerita tentang keluarga, saya agak konservatif.

Jadi belum lagi menampakkan gaya penulisan saya lebih kepada apa.

Sekiranya, saya membandingkan diri saya dengan penulis lain.... memang tak perlu dibandingkan pun. Sebab langsung tidak ada titik persamaan. Hahahaha.

Jadi, pisau apakah yang perlu saya asah?

Saya belum menemui diri saya yang sebenar dalam gaya penulisan.

Masih lagi mencari di dalam gelap.

Apakah saya akan menceburi dunia fiksyen? Di mana saya rasa lebih elok saya jauhkan diri daripadanya.

Esok, saya akan menulis lagi. Dan lagi. Dan lagi. Sehingga saya menjumpai diri saya yang sebenarnya.

Selamat malam,


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa