Khamis, 26 Januari 2017

Membebaskan Diri yang Sejati

Assalammualaikum.

Hi,  it's me again.

Writing is kind of liberating for me and some people.

Apa nak tulis hari ini ya? Hari ini saya cuba untuk lebihkan masa untuk anak-anak. Dan saya buat. Saya lebihkan masa untuk anak-anak. Tetapi baran saya tetap tak hilang.

Stress (tahap sikit) sentiasa berada menghurungi atas kepala. Harus belajar dan amalkan sabar.

Saya pun tak faham, kenapa apabila saya dihadapkan dengan perkara yang 'besar' @ 'berat', saya boleh bersabar, sedangkan dengan gajet, perkara remeh, saya langsung hilang kesabaran. Kenapa ya?

Jadi, hari ini saya akan kupaskan perasaan saya lebih banyak ya.

Writing is liberating (again).

Hari ini saya melawat lagi IG Fynn Jamal, apabila melihat Juna kecil dibedah, tak tertahankan air mata saya bercucuran. Saya pernah menjalani pembedahan sewaktu berumur 12 tahun. Tapi itu bukan punca air mata mengalir.

Punca air mata ini mengalir ialah kerana saya seorang ibu. Saya pernah menyaksikan Aina (permataku) diletak bawah pancaran sinar UV dek kerana kuning, tanpa sehelai baju. Saya terpana, kemudian saya menyalahkan diri saya sendiri, kemudian saya menangis. Dan itu trigger saya menangis apabila melihat gambar Juna.

Saya rasa mungkin ada pembaca yang merasakan entri saya mengarut-ngarut. Bukan blog ini sepatutnya berkaitan produk Shaklee ke?

Tak. Ini blog saya, saya hendak luahkan apa sahaja, saya tulis apa sahaja, saya akan buat. Saya hendak diri saya balik. Saya hendak diri saya yang tak didinding oleh ..... macam mana nak cakap ya...  --- kepentingan untuk mendapat jualan ...

Saya rasa saya lebih HAPPY dengan kepolosan daripada melapik-lapikkan diri untuk menjadi acuan yang belum tentu saya suka.

Biarlah saya kongsikan apa saya nak kongsikan. Produk, keluarga, ilmu, lawak jenaka, sebab saya nak blog ini manifestasi diri saya yang sebenar.


Alhamdulillah.

Semoga saya akan menemui kawan sejati di alam maya, yang sama polos macam saya.

Amin.


Liberated just now.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan