Curahan Perasaan

Assalamualaikum.

Sudah lama saya tak muncul di blog. Dalam hati tengah berperang dalam isu bagaimana menghasilkan blog yang menarik, supaya dapat menarik pembeli.

Agak dangkalkan pemikiran saya. Macam budak-budak pun ada.

Niat dah melencong habis dah, dan niat melencong, tak dapatlah apa-apa pahala.

Jadi, pagi ini saya telah pergi ke blog 'zenhabits'.  Betapa penulisan beliau mengubah pendapat saya.

Kenapa hendak ikut mainstream? Kenapa tak ikut sahaja personaliti sendiri. Buat sahaja apa yang saya rasa boleh buatkan saya bahagia.

Bila fikirkan, sewaktu muda, saya jenis yang tak fikir apa orang fikir. Semua main hentam kromo saja. Berani dan tak kisah. Tapi entah bila dah zaman beredar, pemikiran pun berubah.

Kenapa ya? Kenapa saya tak boleh jadi diri saya?

Patutlah saya rasa tak gembira. Maksud saya bukan saya nak jadi self-centered. I just want to be me. No need to pretend that everything is ok. Everything's not ok. I have to admit it.

Kadang-kadang mengaku itu membuatkan kita berfikir dan proses pembelajaran redha itu bermula. Mengaku kita tak suka, mengaku kita tak gembira, mengaku hidup stress.

Lepas itu, proses seterusnya, membuat sesuatu agar keadaan itu berubah.

Bukankah itu proses kehidupan? Daripada hidup merana dan mengeluh tanpa berbuat apa-apa.

Saya hendak perubahan, perubahan takkan berlaku jika saya dalam penafian.

I want to be me! Lenny Boniface Jubilee.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maklumat Umum : Waktu Operasi

TERKINI : Sarang Burung Walet Untuk Dijual.

Eh Eh... Orang Kampung saya laa